Blog Lensa Kamera

Selasa, 11 Oktober 2011

KALAU DIIZINKAN..

Assalamualaikum w.b.t . . .


Kalau diizinkan olehNya,
Aku ingin menjadi bayi semula,
lahir ke dunia membawa gembira,
kasih sayang puas tak terkata..

Kalau diizinkan olehNya,
aku ingin menjadi seperti burung,
bebas berkicauan bersama teman,
berterbangan riuh dilangit biru.. 

Kalau diizinkan olehNya,
aku ingin menjadi seperti hujan,
menyirami bumi dengan perlahan,
tanpa mengenali erti keperitan. 

Kalau diizinkan olehNya,
aku ingin menjadi lautan,
kebiruan menyinari seluruh kehidupan,
mencari apakah erti kedamaian..

Namun,
Aku hanyalah seorang insan,
penuh dugaan serta cubaan,
hanya mampu mengeleng kebisuan,
Kerana aku tetaplah AKU !!!  

Kalau diizinkan ,pasti semua manusia inginkan pilihan...inginkan itu,inginkan ini..Semestinya,kerana kita punya hawa nafsu,inginkan sesuatu buangkan yang sedia ada...kerana kita seorang manusia yang tak tahu erti KEPUASAAN....Akal fikiran dicampak dibelakang,cuma inginkan hajat kesampaian...Sekian.

 *Hidup mesti diteruskan..

 Kata Achie :Sampai bila terus begini..ermmm


Sila like jika suka entry ini..terima kasih daun keladi  

2 komen dari budak comel^^:

Nisa Greennnpanda berkata...

kalo diizinkn, sy nk ubah idup sy smula, hehe.. manusia mmg xpenah puas.. >_<

Nisa Greennnpanda berkata...

jap..tue i-city ke? hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger