Blog Lensa Kamera

Sabtu, 22 Oktober 2011

Sikap Suka Membezakan Anak

Assalamualaikum w.b.t...

Menyesal diri,bila teringat masa dahulu..
aku punya anak yang sangat ku kasihi,sangat ku cintai..
dialah raja,dia juga ratu..kesana sini ku usung tanpa penat lelah,
janji kepuasaan sentiasa melekat dihati..
kadang kala isteri pun menjadi marah,
yalah bila dia pula menjadi nombor dua..heheee

bila anak ku mula membesar,
sayang ku meninggi setinggi gunung himalaya,
rezeki ku kaut ku sanggup berbelanja..
asal anak ku sentiasa senyum dimata..
asal anak ku tak mati kebuluran..

Tapi,bila aku mendapat anak lagi satu,
anak kedua mula hilang punca pegangan,
sikap tak acuh mula ku tunjukkan,
mula memberi perhatian lebih kepada anak keduaku..
mula mencaci memukul bila anak pertama buat serba tak kena..
dia menangis meminta tolong langsung tak ku endah..
asal hati ku puas memukul apa nak kisah.
sampai berbekas lebam aku masih tak kuasa.

Kini,bila ku kenangi kembali.
betapa sakitnya hati ku ini,
sampai hati aku berbuat begitu sekali,
tanpa dipinta aku pula yang memulakan,
dalam tak sedar aku dah mula membezakan mereka berdua.
mana sikap PRIHATIN ku,aku memang tak punya hati dan perasaan..
Menyesal,tapi semua langsung tak berguna lagi..Maafkan ayah wahai anak ku..ermmmm

Kenapa perlu ada sikap membezakan anak2 pada diri ibu bapa?kenapa perlu ada sikap sebegitu yang cuma hanya akan disesali kemudian hari nanti...tak langsung rasa bersalahkah?tak nak kata apa lagi,cuma kecewa dengan sikap ibu bapa yang baru ku jumpa yang sanggup berbuat begitu dengan anak2 mereka..KENAPA???? Sekian...


Kata Achie :Jangan menyesal dikemudian hari sudahlah..ermmmm


Sila lika jika suka entry ini....

0 komen dari budak comel^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger