Alahaaaai,
hidup ini kekadang teramat payah,
lagi-lagi bila dah jadi kuli sepenuh masa,
asyik nak kena dengar cakap dia saja.
cakap kita langsung dia tak endah,
salah sikit alamat badan binasa,
silap-silap sebulan kerja tak bergaji dibuatnya...
Hidup jadi kuli memanglah susah,
apatah lagi bos besar kita sudah mengarah,
jangan tak dengar kita juga nanti yang susah,
tapi jangan ikut begitu saja,
kalau tak betul,kita berhak bersuara kan???
Hidup berkuli kekadang teramatlah kejam,
jasa kita tak pernah dia rasa,
keringat peluh kita jadi taruhan majikan kita,
yang penting baginya keuntungan setiap masa,
kita jadi apa??Jadi hamba kepada dia??
Kalau rasa tak kuasa sudah,
lantak "chow" saja terus darinya,
jangan takut janganlah bimbang,
pasti rezeki akan menjelma juga,
kerana Allah sentiasa bersama kita..betul tak???
Penat,dari pagi sampai ke petang..kadang kala sampai ke malam pun sudi biasa..jika tiada di alam maya,sudah pasti aku di alam KERJA..aku kekadang merungut juga,bila diri terasa dimarah macam tu sahaja,kita buat kerja mestilah dengan tenang sahaja,bila di marah,rasa nak kerja jadi tak kena..Aku dah kata,aku kerja mesti gembira..aku berkata aku kerja demi kerjaya,tapi bila masalah demi masalah datang bertandang,tak teragak-agak langsung nak blah..sebab,KALAU DAH REZEKI TAKKAN KEMANA....Sekian dari Achie^^
**Tak sabar nak jumpa budak ni..heheheee
Kata Achie :Hati berbunga nak tunggu berapa hari lagi nak balik rumah..heheee
Sila like jika rasa tertarik dengan entry ini dan sebaliknya...adioossss
0 komen dari budak comel^^:
Catat Ulasan