Blog Lensa Kamera

Isnin, 31 Oktober 2011

Bila Hujan, Apa Pun Tak Boleh..

Assalamualaikum. w.b.t. . . . 

Bila hujan dah mengaum,
buat apa pun tak boleh,
nak jalan semestinya tak boleh,
nak kemana terasa berat dikaki,
nak itu serba tak kena,
nak buat ini rasa tak bermaya..
jadi nak buat apa??

Bila hujan dah turun,
muka mula muncung ke bawah,
mata terpejam tapi mulut dah berbicara,
"Apasal hujan petang ini"
"Macam mana nak keluar jumpa si dia"
"bencilah bila dah hujan"
Bermacam-macam sudah terkeluar,
dalam sedar ataupun buat-buat tak sedar DIRi..

TAPI,TAPI,TAPI,
tak pernah terfikir dihati kita,
Bila hujan pasti ada hikmahnya,
walaupun ia bukan tersurat,
pasti ada tersiratnya..
takkan itu pun nak AJAR????Adehhhhhhh

Disebabkan ada org yang terganggu dengan hujan, apakah turunnya hujan itu satu keburukan atau bukan kebaikan?bukankah hujan itu juga yang menyuburkan tanaman dan sayur yang kita makan? Bukankah hujan juga membolehkan kita merasai cuaca redup dan lembab setelah beberapa hari terdedah kepada cuaca panas kering? Bukankah hujan itu yang membolehkan kita bersedap-sedap tidur waktu di rumah?..malah hujan juga membolehkan ramai org mendapat sumber rezeki.Tapi Kenapa hujan yang turun pada waktu dan di tempat tertentu dianggap menyusahkan, bukan lagi satu kebaikan?

Allah berfirman yang bermaksud...

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.."
(Al-baqarah:216)


Kata Achie :Bila hujan turun tak suka,bila Kumpulan Hujan tu melalak,diri sendiri terlebih sudah..Pelik !!!!


Sila like jika suka entry ini.. SARANG HAE

0 komen dari budak comel^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger