Manusia memang pelbagai ragam,
ada 1001 perangai yang susah untuk dirungkaikan,
kadang kala sikap diri sendiri susah nak dikenalpasti,
apatah lagi mengenali diri orang lainkan?
Manusia ada pelbagai ragam,
ada yang berhati busuk,ada yang berhati intan,
ada yang putih,pasti juga ada yang hitam,
bila dah tak sedar diri,siapa yang harus dipersalahkan?
Manusia ada pelbagai ragam,
susah betul nak bagi faham,
lagi dilarang lagi laju nak digoncangkan,
bila dah terkena,ada siapa nak hairan.
Manusia ada pelbagai ragam,
sekejap nak itu,sekejap nak ini,
tak pernah ada pendirian diri,
bila melepas barulah menyesali diri..
Ternyata manusia pelbagai ragam,
masih tak pernah rasa nak percaya lagi,
cuba cermin diri itu sendiri,
adakah masih ada orang yang sayang?
Manusia memang ada pelbagai ragam,kadang kala kita tak kenal siapakah mereka walaupun kita dah duduk makan sepinggan,sedangkan diri sendiri susah nak ditangan,apatah lagi diri orang lain..manusia memang ada pelbagai ragam,jangan hairan kalau diri anda ditikam kerana anda juga mungkin seorang penikam.tapi tak pernah sedar-sedar...Sekian.
Kata Achie :Balik kerja tadi rasa berbulu je badan..grrrrrrrrr
Sila like jika suka entry ni..terima kasih lagi daun keladi..
0 komen dari budak comel^^:
Catat Ulasan