Blog Lensa Kamera

Jumaat, 7 Oktober 2011

Kesilapan Kita...

Assalamualaikum w.b.t . . . 




kesilapan kita,bukan kerana kita sering melakukan kesilapan,
tapi bila dah jatuh ditimpa tangga,tidak pernah bangun untuk bangkit semula.
mudah mengaku kalah tanpa cuba berusaha memperbaiki kesilapan yang lalu,
lagi suka berdiam diri dan tidak membuat apa-apa..

Kesilapan kita,cepat sangat melatah bila dah terkena,
bila orang dah kata, lagi cepat terkesima.
siapa orang layak untuk mengata,sekadar nasihat tidak mengapa,
tak perlu rasa rendah diri yang mula mencengkam dijiwa.. 

Kesilapan kita,jangan bisa menjadikan kesilapan yang sama berulang lagi,
yang cuma hanya memperlihatkan kebodohan semata-mata,
tanpa sedar keistimewaan terserlah didada ini,
dan Yakinkan diri kita mampu dan punya maruah diri..


*Normal bila melakukan kesilapan demi kesilapan kerana itu lumrah alam dimana kita manusia biasa tidak lepas dari melakukan kesilapan,tapi yang menjengkelkan bila kesilapan itu adalah kesilapan yang berulang kali dilakukan tanpa ada rasa untuk mengubah nasib diri..
Sekian^^



Kata Achie :Hidup ibarat putaran roda,jadi jangan rasa diri kat bawah saja.....

0 komen dari budak comel^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger