Blog Lensa Kamera

Selasa, 11 Oktober 2011

Beza Antara Ibubapa Dengan Teman.

Assalamualaikum w.b.t...

Kalau ibubapa,
mereka kurang duit belanja,
pasti kita susah nak hulur,
takut sangat duit tu berkurangan..
Tapi,kalau si dia,
laju je tangan nak menghulur,
ingin diri dianggap prihatin kan?

Kalau ibubapa,
mereka sakit menanggung derita,
kita boleh sahaja gelak ketawa,
terasa takde apa yang kena,
Tapi,kalau si dia,
terasa diri berpeluh resah tak bermaya,
risaukan dia bertambah sengsara.

Kalau ibubapa,
mereka inginkan kasih sayang kita,
selagi hayat mereka masih ada,
kita pula geli tak terkata,
Tapi,kalau si dia,
dia kata rindu kita kata sayang,
dia nakkan betis,kita berikan paha.
asalkan dia sentiasa bahagia.

TAPI,TAPI,TAPI !!
terfikirkan kita satu perkara,
siapakah yang membesarkan kita,
siapakah yang risaukan kesihatan kita,
siapakah yang menjaga pakaian minuman kita.
Siapakah yang selalu tidur tak lena kerana sikap kita.
Siapa?? Si DIAKAH??

Sekian....


Kata Achie :Tanpa ibubapa,siapakah kita sebenarnya?? 


Sila like jika suka entry ini..terima kasih daun keladi^^ 
 

0 komen dari budak comel^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger