Blog Lensa Kamera

Selasa, 19 April 2011

Tips sebelum temuduga..

Assalamualaikum.....

Siapa selalu pergi temuduga?macam mana perasaan sebelum nak ke temuduga??heheee mesti ada seribu perasaan kan?ermm oklah,semalam ada orang tanya kat SB pasal tips nak ke temuduga,kecian juga tengok bila dia kata dia nervous,mungkin first time kot dia pergi temuduga macam itu..aku dah beberapa kali pergi temuduga,dan melalui pengalaman aku sebagai orang yang ditemuduga,aku nak share sikit pasal benda itu..kalau ada salah dan silap,harap dimaafkan dan dapat dibetulkan sesama kita..insyaallah..

Sebelum ke temuduga,sebenarnya banyak benda yang patut kita buat..tak kira dari segi fizikal dan mental..moga semasa temuduga nanti semuanya akan berjalan dengan lancar..jadi kat sini aku nak bagi info sedikit pasal tips SEBELUM ke temuduga...jommm

1)Pastikan tarikh dan tempat korang ditemuduga...
*Supaya kita dapat bersiap sedia.tidak berasa kelam kabut menghadapi tarikh tersebut.
*Kalau korang merasakan kediaman korang agak jauh dari tempat temuduga,aku nasihatkan agar korang dapat mencari kediaman sementara yang berdekatan.cth ,Rumah saudara, Hotel..

 2)Pakaian yang bersesuaian...
*Pastikan pakaian yang korang pakai tersebut bersih,kemas dan tidak menyakitkan mata si penemuduga..
*Kebiasaannya untuk temuduga kerajaan,wanita dinasihatkan memakai baju kurung yang kemas dan berkasut hitam..Manakala lelaki pula kebiasaannya memakai pakaian berkemeja lengan panjang,bertali leher(digalakkan),Berkasut hitam.

3)Sediakan kelengkapan sebaik mungkin..
*Sila pastikan korang update resume dengan sebaik mungkin dan pastikan korang masukkan maklumat status yang terkini..
*Sila letakkan resume serta sijil-sijil yang berkenaan dalam satu file yang tersusun rapi agar mudah untuk dilihat penemuduga nanti..

4)Bersedia dari segi aspek fizikal.
*Pastikan korang cukup tidur,sehari sebelum ditemuduga..takut masa temuduga nanti taklah juga asyik nak tidur je..tu cuma akan merugikan korang.
*Pastikan semasa nak ke temuduga,raut muka anda sentiasa ceria bukan dalam keadaan selekeh..INGAT,penemuduga pun akan menilai aspek tersebut..

5)Paling penting bagi aku,ILMU kena CUKUP..
*Ulangkaji benda yang korang rasa bakal akan ditanya nanti..
*Kebiasaannya,jika korang ambil jurusan medical.korang akan ditanya pasal organisasi KKM tersebut dan korang kena tahu serba sedikit pasal ilmu medic tersebut..ingat,SILAP JAWAP,BURUK PADAHNYA...

Rasanya cukuplah itu dulu yang boleh aku share untuk korang,kalau ada yang kurang atau silap harap dimaafkan sekali lagi..ilmu yang baik bagus jika dapat disampaikan kepada yang lain.moga dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.nantikan entry aku pasal  TIPS SEMASA TEMUDUGA nanti..Sekian..


 **Best ke bila ditemuduga?hehee


Kata Achie :Moga tips ini dapat membantu orang yang berkenaan.amin3 

 
  

1 komen dari budak comel^^:

Tanpa Nama berkata...

Mntk2x esok lepas temuduga ku.alahai.berdebar.,doakn diriku yer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger