Blog Lensa Kamera

Jumaat, 8 April 2011

Bola Tampar l Style budak tahun 6 main....

Assalamualaikum....

Time kat cuti kat kampung hari tu,aku sempat 
lepak kat rumah abang ipar dua hari, saja nak tukar
 angin..time tu ada game bola tampar terbuka gak
anjuran UMS aka universiti malaysia sabah kat gelanggang UMS,tapi
memandangkan hujan ketika itu menyebabkan terpaksa ditukar ke tempat kerja abang
aku kat Penjara Pusat KK,dan sememangnya aku cukup teruja dengan game
itu kerana aku pun suka bermain bola tampar cuma kini tidak berpeluang lagi..

 Dapat aku perhatikan kat situ cuma satu,nampak gayanya umur mempengaruhi 
sesuatu persembahan tersebut,ternyata akal yang waras mampu menandingi otot
yang mantop..kenapa aku kata macam itu,kerana ada game dimana kumpulan remaja bertemu dengan kumpulan yang agak tua,namun kemenangan berpihak kat kumpulan yang
agak tua itu walaupun jika pada mata kasar,wajar benar jika kumpulan remaja tersebut menang kerana mereka mempunyai skill yang agak menarik perhatian... sepatutnya dalam kejohanan seperti ini kerjasama antara satu sama lain itu cukup penting dan jangan suka mencari kesalahan orang lain kerana diri sendiri pun mungkin melakukan kesalahan tanpa disedari.. 
lagi satu jangan diamalkan sangat panas hati itu,kerana cuma membawa padah..korang panas
sorang-sorang,lawan tersenyum kegembiraan..wajarlah korang kalah,tak gitu??
nasihat lain kali,biar umur dilihat kebudak-budakkan,yang penting bila main
sifat kedewasaan itu patut ditonjolkan,baru orang kata COOOLLL bukannya 
PARAAAHHH....Korang rasa??
Sekian..

Sebelum jom layan gambar ini dulu,sila klik untuk lebih jelas..ngeeeee

 *Penjara Pusat Kota Kinabalu

 *Dewan ini menjadi mangsa spike dorang..hahaaa

 *Kumpulan dari TLDM KK

  *Kumpulan dari wakil UMS

*Aku macam biasa sengal pandang sorang2..lalalaa~

 *kecian warga banduan ni..


Kata Achie :Nak bermain lagi,kena guna style yang betul kalau nak menang..bukan
dengan cara budak tahun 6 sudaaaahhhh 

0 komen dari budak comel^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger