Blog Lensa Kamera

Isnin, 18 April 2011

Teman Sejati..

Assalamualaikum....

Teman sejati?perghh tajuk entry malam ini rasanya tak berani aku nak ulas panjang2,sebab aku tak layak pun nak bincang pasal benda ni..bukan apa,aku tak layak kot nak jadi teman sejati bagi kawan aku sendiri,walaupun hati aku melonjak inginkan teman sejati yang boleh menemani diri tak kira susah atau senang...masih wujud ke teman sebegitu??kalau ada,dimana teman sebegitu bisa ditemui...teman sejati bila ditemui jangan disia-siakan,moga persahabatan kekal abadi selamanya...

Aku pernah ditanya dengan seorang teman aku,dia kata aku ramai kawan ke tak?aku kata,aku tak ramai kawan..aku rasa mesti dia pelik ni,yala mesti hairan kenapa orang macam aku tak ramai kawan?heheeee bagi aku nak cari kawan itu,cukup mudah..teramat mudah sekali..korang 
add je kat facebook,tak pun follow kat blog,sapa dia dua tiga kali,mungkin orang itu dah jadi kawan korang...betul tak??tapi nak kata dia teman yang sebetulnya,teramatlah payah..aku dah jumpa ramai orang kat sekeliling aku,rasanya nak jumpa teman sejati memang susah sekali, mungkin aku tak layak kot nak dapat.yela,aku sendiri pun macam mana..tak pernah layan teman disisi dengan sebaiknya..akibatnya,seorang demi seorang teman mula berlari pergi meninggalkan aku..ermmmm teman sejati,dimanakan kau berada???Sekiaaaaann

 *Teman Sejati  by Brother [ Link ]

Kata Achie :Tetiba teringat kawan sekolah menengah dulu..ermmm (JiJo)  
 

0 komen dari budak comel^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger