Blog Lensa Kamera

Isnin, 11 April 2011

Etika bila nak menegur

Assalamualaikum..

 Korang pernah kena tegur tak?macam mana,apa yang 
korang rasa?sedap macam Oren tak?ngeeee selalunya bila kita sebut bab tegur menegur ini
mesti dikaitkan dengan benda yang tak seronok..Yala,Dah namanya pun
menegur memanglah korang rasa tak selesa nak dengar,kalau
pujian yang melambung korang bakal dapat,kenapalah tiga hari tiga malam
orang nak kata,korang mesti nak layan je macam aku ni,Dah lumrah manusia suka pada
yang baik-baik je,yang buruk tolak ke tepi.

Dan aku rasa tak salah pun kalau kita nak tegur orang lain,saling
mengingati antara satu sama lain yang sering melakukan kesalahan itu..kalau tak ditegur,
takut kita ini makin lupa diri dan kesalahan itu berpanjangan je kita lakukan..sesekali
perlu ada teguran keras dari orang lain untuk memperbaiki diri kita 
yang serba kurang ini...

Namun bila menegur,perlu bijak dengan memainkan langkah yang betul,bukan
membabi buta sahaja..perlu diingati,yang kita akan tegur itu adalah seorang manusia biasa,bukan siapa-siapa..malah mungkin tanpa kita sedari kita sendiri turut melakukan 
kesalahan yang sama..mana tahu?

Bila nak tegur,silalah dengan cara yang berhemah,menggunakkan intonasi bahasa
yang sewajarnya,bukan menegur dengan suara yang agak garang pada pendengaran orang lain dan juga menegur melampau batas yang sepatutnya,Jika itu yang korang lakukan,jangan hairan bila si dia yang ditegur melenting balik dan lebih parah jika dia memaki hamun korang semualah..Sekian..

Kata Achie :Kalau tegur dengan cara yang tak betul,bukankah termasuk dengan membuat kesalahan yang sama yakni seperti perlaku..bukan begitu?ermmmmm 

*Sekadar pemandangan dipinggiran mata.. 

0 komen dari budak comel^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger