Blog Lensa Kamera

Isnin, 4 April 2011

Nasib baik pakcik..

Assalamualaikum..

Dah lama tak cite pasal tempat kerja aku kan?hehee takpe,aku
nak share laa ni tempat kerja yang lama..aku kerja dah banyak tempat tau,jangan tak
percaya,sejak study kat ipts dulu lagi aku dah start kerja...nak try kerja itu macam mana,
dan aku suka nak amik tahu cara dorang handle management..coz aku suka
management yang meletup ni,bukan yang paaraahhhh macam tempat last aku kerja tu..

aku baru je dapat tahu dari kawan aku tentang perangai sebenar seorang pakcik
kat tempat kerja aku ni,dia ni dulu kerja pejabat tentera sebagai kerani kalau tak silap
dan bila dah pencen dia kerja kat tempat kerja lama aku ini sejak 4 tahun yang lalu dan memang wajib dia tahu apapun masalah tempat kerja aku ini...

aku respek kat dia ini,rajin buat kerja walaupun umur dah agak lanjut..kadang2 kecian gak
tengok bila dah tua masih lagi bekerja,tapi takpe demi keluarga dia nak kerja juga..aku salute pasal itu,dan dia juga tak kedekut bagi tunjuk ajar time aku mula2 masuk kerja dulu,tambah aku segan dengan dia..dan tambah buat aku segan bila dia ni layan kami ini macam anak2 dia
sendiri,mestilah terharu...aku sayang pakcik ini,tapi kenapa dia buat aku begini... 

aku sebenarnya rindu nak kerja tempat lama ini,memang rindu sangat2 tapi nak buat macam
mana jodoh aku cuma takat itu je,tak boleh lebih2 dah..rindu dengan patient2 yang ada itu,harap dorang sihat2 je hendaknya dan dipanjangkan umur..amin3

pakcik,kenapa buat macam ini,salah satu faktor aku berhenti kerja dulu pun sebab pakcik,
pakcik sendiri nasihatkan suruh cari kerja kat tempat lain coz kat situ bukan masa depan aku yang baik..alih-alih dapat tahu pakcik lah orang yang paling gembira bila aku berhenti kerja sebab takde orang nak ganggu dia dapat OT..gara2 OT pakcik?kenapa pak cik,aku dah anggap pakcik ini macam bapa aku sendiri,tapi ini ke yang aku dapat,kalau pasal OT,aku tak hairanlah pakcik,pakcik amik je semua itu tapi aku sungguh hairan sikap pakcik ini..nasib baik point utama aku berhenti kerja sebab dapat manager yang zalim dan suka pilih kasih..Tapi berita terbaru aku dapat tahu bila manager itu baru je berhenti kerja gak,sama macam aku..so takde masalah patutnya kat situ..masalahnya cuma satu,AKU KECEWA DENGAN SIKAP PAKCIK..

AKu paraahhhhhhhhhhhhh!!!!!



Kata Achie :berkopiah bukan tiket nak kata orang itu baik...insaf den,aku memang jahat der,tapi kena jumpa orang jahat gak ke??ermmmm 
   

0 komen dari budak comel^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger