Blog Lensa Kamera

Ahad, 24 April 2011

Aku suka je maki orang..

Assalamualaikum...

Baru je habis layan Novel Biar jadi kaktus,Perghhh best bangat ni..rasa
nak baca lagi,tapi stok novel dah habis baca semua,hehee jadi mesti beli ni,tak kira nak
beli gak bila ada masa..heheee buku itu dah lama aku beli tapi baru tadi berkesempatan
nak khatamkan..heheee jadi pada siapa yang belum beli tu,sila beli ye..itu pun kalau berminatlah..heheeee aku dah takde kawan yang minat baca novel,semua dah lari
pergi jauh2,aku pun dah malas nak kejar lagi.. 

Dalam blog ini perlu ke ada maki hamun?perlu?ermm tak tahulah,rasa tak
aman dah nak berblogging sekarang ini..ada bermacam gaya yang kadang2 tak masuk dek
akal fikiran seperti aku sendiri yang pemikiran still belum matang..tapi aku masih rasional,dan
tak pernah memaki hamun menggunakkan bahasa yang agak kesat dan lancang,kerana
itu cuma hanya memalukan diri orang lain dan aku sendiri..sanggup ke aku nak 
malukan diri aku?kalau aku,aku memang tak sanggup,kerana dunia blog ini sungguh luas.
setiap perbuataan kita akan diperhatikan,tidak mustahil kelakuan kita yang tidak
senonoh akan digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab untuk mengenakan
kita semualah..sedar ke kita?

Alangkah molek jika setiap salah faham dapat dibicarakan dengan cara
yang betul,bawa duduk berbincang antara kedua pihak agar takde siapa yang menanggung
beban malu nanti.ingat,bukan imej kita je perlu kita jaga,tapi maruah Ibu bapa dan keluarga kita pun harus disimpan kemas..sekadar nasihat untuk diri aku sendiri,jika ada yang tak 
suka harap dimaafkan,aku cuma insan yang sering membuat kesalahan demi kesalahan..
Ada apa sebarang pandangan?Sekian..... 
 
*Jangan dekatkan diri kita denga pintu neraka..


Kata Achie :tak mengantuk ini,tak tahu nak buat apa..ermmmm
 

0 komen dari budak comel^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger