Assalamualaikum...
Selamat pagi semua,semoga jumaat yang mulia ini kita semua diberkati hendakNya ..Memandangkan aku ambil cuti untuk hari ini dan esok,makanya aku bercuti untuk tiga hari berturut2..Seronok sangat sampai tak tahu nak buat apa untuk tiga hari ini,dan dari semalam aku belajar nak buat header sampai sekarang tak siap2 lagi ini,bukan apa satu benda pun aku tak tahu..dah tengok tutorial tapi masih tak berjaya..mungkin membuat header ini bukan kemahiran aku kan?ada siapa nak buatkan header free tak?heheee aku nak..ngeeeee
Aku tertarik dengan entry Bro Azlan pasal lawak yang diguna pakai jozan pada minggu ke 4 baru2 ini,dan aku sendiri setelah berulang kali tengok merasakan benda yang sama. Bro azlan menyatakan pendirian tegas dia kat Sini..dan bagi aku,benda seperti ini tak patut berlaku kerana cuma memalukan agama islam sebagai agama yang suci.Memang tidak diakui,niat Jozan hanya untuk membuat lawak semata-mata,dan mungkin ada nasihat yang nak ditonjolkan kat situ..Tapi harus diingat disini,setiap orang punyai pandangan masing2,mungkin apa yang disampaikan oleh jozan itu boleh disalah ertikan oleh orang yang tidak faham dengan konsep yang ingin disampaikan..dan aku sendiri tahu ada sesetengah orang mempertahankan jozan mungkin jozan idola mereka..dan bagi aku,kalau kita nak support artis kesayangan pun,kena juga bertempat..kalau betul,kita boleh je teruskan..tapi kalau salah,takkan nak ikut..satu je aku nak tanya,asal bila sebut Allah kita nak gelak ketawa, bukankan lebih takut tanam perasaan takut bila ingatkan Allah.Siapa kita dimuka bumi ini, dan point bro Azlan itu dah jelas,tak perlu aku nak huraikan lagi..kami bukan budak agama mana pun,tapi sedar itu mungkin tidak bagus untuk kita semua..
Pendapat mungkin berbeza,tapi semua kita ada akal fikiran..tahu mana baik buruk sesuatu perkara,takkan nak kena cakap juga kan,maaf kalau ada yang terasa,jadi aku tak nak berlaku ketidakadilan kat sini,jika ada yang merasakan kata aku tak betul,sila tinggalkan pendapat korang kat sini,dan aku sudi nak dengar..tak perlu nak menjadi Pengecut nak jadi Anon,belajar menjadi diri sendiri....Sekian.
*Aku pun minat Jozan,tapi lawak sebegitu bukan kegemaran ku..Maaf Jozan^^
Kata Achie :Apabila nafsu menguasai akal fikiran,pasti mendekatkan diri ke lembah kesesatan..
0 komen dari budak comel^^:
Catat Ulasan