Blog Lensa Kamera

Ahad, 16 Januari 2011

Rindu Di Awan Biru^^

Aku dataang lagi,heheee Nasib baik dah sembuh cikit petang tadi,tu pun lepas bedal ubat Paracetamol + Biscupon secukupnya...Habis laa perut aku nak hadam ubat2 tu,heheee tapi aku tak nak sakit lagi malam ni,sok nak kena keja kan..Alhamdulillah,aku daa mula sembuh dan aku sempat lagi beli novel time keluar tadi...heeheee makin bertambah laa koleksi novel aku ni nampak gayanya..siapa nak pinjam??sila emailkan alamat anda,insyaallah tidak akan dilayan...huuhuu 

Novel kali ni aku beli khas kat Pustaka Minerva,dekat Jln Tuanku Abdul Rahman tu..Jarang benar aku beli kat situ walaupun aku tahu kat situ novel2 dia ada diskaun,jimat skit tapi memandangkan jauh sangat,aku selalu beli kat Popular je laa...So siapa yang kaki novel tu,rerajin laaa pergi Pustaka Minerva,novel boleh didapati dengan harga yang berbaloi2...hahaaa Jom layan novel kali ini,hehee



Sinopsis 

Jangankan berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin. Menjadi seorang isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.

Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi seorang isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami...

Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu, dia diburu rindu. Dalam duka,dia mengharapkan bahagia. Sanggupkah dia bercinta buta untuk kembali ke pangkuan Akmal, sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya didalan hidupnya?

Kata Achie :Besok bermulanya misi nak baca novel ni..heheee 

0 komen dari budak comel^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger