Blog Lensa Kamera

Ahad, 23 Januari 2011

Lebih Baik Binatang Dari Orang Semacam Ini^^

Salam warga Blogger..hai,harap takde yang sakit2 ye di hujung minggu ni.. syukur ke atas nikmat yang Allah s.w.t beri kerana sehingga kini aku masih bernafas lagi, masih lagi jejari aku ni merempit disini untuk menganggu korang semua,heheee harap jangan ada yang terasa hati..sememangnya mood untuk aku mengupdate blog ni semakin kurang,tak tahulah kenapa macam malas aku dibuatnya..ada ka disebabkan kekeringan idea yang berterusan atau merasakan kehadiran aku disini menganggu kalian semua..Harap2 tidak macam tu laa, 

Abaikan seketika..

ermm,macam biasa selepas aku makan.aku diberi kesempatan untuk melayan Kosmo online sekejap..aku jarang dah beli paper sekarang ni,kalau kat uma ni lagi rajin layan secara online gak walaupun isinya yang disampaikan tidak merangkumi semua aspek..tapi aku layaan dan terus melayaan,dan hari ini aku terbaca satu artikel yang membuat hati aku agak sakit,sakit + sedih sekali melihat artikel ini...Jom baca sama2 ea,


Kosmo Online
JOHOR BAHRU - "Selagi tidak dijatuhkan hukuman setimpal selagi itu saya tidak puas hati."

Demikian luahan Nur Aquilla Razali, 27, ibu kepada kanak-kanak, Nor Dania Qistina Norafizan, 3, yang maut akibat didera pada 9 Januari lalu.

Katanya, dia percaya pihak berkuasa dapat melaksanakan hukuman yang sewajarnya terhadap mereka yang menyebabkan kematian anak perempuannya itu.

"Saya yakin undang-undang akan menghukum mereka yang bersalah," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan suami wanita itu, Norafizan Ludin, 30, dan isteri mudanya, Dewi Nadia Alias, 25, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas dua tuduhan membunuh dan mendera Nor Dania Qistina.

Kedua-duanya turut dituduh mendera kakak dan adik mangsa, iaitu Nor Dania Batrisha, 5, dan Danish Irsyad, 1.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Nur Dania Qistina disahkan mati akibat didera pada 9 Januari lalu dengan 73 kesan lebam di tubuhnya serta berapa organ dalaman rosak teruk dipercayai dipukul dengan objek keras.


Dah baca??macam mana??kalau aku cakap orang yang buat ni macam binatang,bahkan lagi teruk dari binatang,ada yang marah aku tak??kalau ada,sila beritahu.coz aku nak cakap orang yang buat ni memang tidak berguna langsung,bodoh tak bertempat...Wadefakk kata Fiqah ,So kalau ini memang aku setuju benar penggunaan ayat tu...Sesiapa pernah tengok cite Kidnapper??walaupun cite ni dah lama,tahun lepas lagi..kalau yang belum tengok tu,sila2 tengok..baru tahu macam perasan ibu bapa yang betul,bukan dengan cara mendera sampai mati...Bodoh punya orang,tu je yang aku mampu katakan..silaaa layan video ini,sekian..






kalau ada yang rasa tak best sangat layan cite kat U-tube ni,sila download filem itu kat Syok.Org ..tapi jangan lupa register dulu ok,kalau tak tahu cara nak download,sila2 bertanya..insyaallah aku akan bantu setakat yang mampu..hehee

Kata Achie :Maaf,kerna aku mencarut sekejap kat sini^^
  

 

0 komen dari budak comel^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger