Blog Lensa Kamera

Rabu, 19 Januari 2011

Orang Kata Aku Sombong,Betul??



Aku sombong eaa??betul ke ni??ada orang cakap aku sombong,tang mana tu?? cakap jelas cikit dengan aku,aku ni pekak badak laa katakan....heeehee Aku baru lagi kat sini,so mungkin ada peraturan yang aku tak tahu lagi,yala sedangkan makan pun kena ikut step,apatah lagi kalau kat sini..mungkin yang duluan aku abaikan,yang kemudian terkejar2..kalau ada harap dimaafkan sangat2 ye,aku orang biasa selalu membuat kesilapan demi kesilapan yang kadang2 tidak membuatkan aku berfikir secara lagi matang,mungkin proses matang aku tu lambat lagi kot walaupun aku dah nak mencecah angka 23 bulan Mac ni...kalau aku sombong,tegurlah aku..mungkin kesilapan yang aku lakukan tanpa aku sendiri yang sedari..

Aku dah cuba yang terbaik dalam dunia ni,hari2 kalau boleh nak update entry dan blogwalking kat rakan2 sekalian terutamanya senarai bloglist aku tu..Dan semua itu aku hanya boleh lakukan disebelah malam sahaja,cuma kekadang bila free aku akan lakukan pada waktu petang..bukan apa,komitmen pada kerja tu yang memaksa aku begini...Walaupun penat dengan situasi  kat tempat kerja,nak kena jaga patient dari segi fizikal dan mental,tapi aku cuba untuk ke alam penuh misteri ini walaupun penat tu cuma tuhan saja yang tahu...Pada yang mengatakan aku sombong itu,harap dimaafkan yaa..kalau boleh,sila beri nama korang dengan aku..senang aku nak terjah malam2,bukan aku back up diri nak kata aku tak sombong,cuma kekadang tu masalah terlepas pandang akibat tu semua...kadang2,lucu bila sering memikirkan nak masukkan entry apa kat pondok usang aku ni coz aku takut penerimaan negatif dari korang suma...Aku takut bila tempat tinggal aku ni,tidak membawa kebaikan pada semua tapi cuma keburukan semata2..Andainya aku seperti korang yang punyai idea2 yang meletup kan senang,tak payah susah hati nak masukan entry acap kali...So maafkan aku pada yang berkata sedemikian,Moga perwatakan aku semakin baik setiap kali nak loading kat dunia ini...maafkan aku sekali lagi rakan2,Jangan lupa beri url bolg korang,insyallah akan aku masukkan kat bloglist aku..Tapi tak janji traffic koraang akan meletup2,coz aku semestinya aku..tiada apa2 yang istimewa, Sekiann...

Kata Achie :Mata dah ngantuk,tapi nak kena bw lagi ni..Aku terjaaaahh^^ 

0 komen dari budak comel^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger