Blog Lensa Kamera

Jumaat, 7 Januari 2011

Malu Aku Terkantoi^^

Aduhhh malunya..mana nak sorok muka ni,bila benda yang tidak sepatutnya orang tahu,tapi dah terbabas...macam mana juga bole macam ni,aku dah cover line cun2 beb,tapi still lagi boleh kantoi..Dah tu tak pasal2 jadi bahan time pass report tadi..Sabar je la weh,mungkin nasib aku tadi tak baik sangat kot,sebelum ni cun je aku tengok..Entah macam mana pulak manager boleh ada kat situ?? ntah2 ada spy kot ni,bagitau kat manager coz rasa tak puas hati..tapi ada ke yang macam tu?rasanya kawan2 kerja aku ni baik2 sumanya,tapi ntahlah kan..rambut sama hitam,hati lain2..lagipun tengok rambut pun dah tahu aku tak boleh percaya sangat kat kawan2 aku ni coz ada yang siap warnakan rambut lagi..So rambut dah tak sama kan??hahaaaa 

Tadi,lepas habis siap suma kerja aku..aku pergi la makan kejap,yala perut dah bunyi minta sumbit ni..Kalau tak dengar kata perut,kang ada yang merajuk pulak.tak pasal2 aku juga susah bila perut dah meragam..Dah kenyang tu,aku rasa lain macam je,Satu benda aku selalu buat kalau aku kerja kat room Hep B coz sini cool sangat so memang ni plan aku kalau assignment aku kat sini..So bila tengok patient dah nyenyak tido,aku pun pergi laa fvrite port aku tu.. hati aku excited nak buat benda ni,nafsu dah membuak2 tunggu nak meledak, aku tengok kiri kanan,line clear ni bisikku..So aku yang tersenyum keseorangan ni terus melangkah masuk ke Doc room ni,memang sinilah tempat aku melepaskan segala2nya..Bila aku dah masuk tu,aku mula lah plan baik punya tu..sedap rasanya bila pekena benda ni sekali sekala time kerja,lepas tension la katakan..hehee Nasib baik partner aku kali ni baik benar,dia ni pendiam sikit..So dia bagi gak aku pergi jap,hehe thank kawan..

Tapi ntah macam mana pulak,time aku syok2 layan benda ni..ada orang jerit namaku,mulanya malas nak layan coz time tu aku dah feel lain dahh..tapi bila sekali lagi namaku di pangggil..melompat aku dari katil tempat cek patient tu bila kat depan aku ada manager tengah perhati aku syok2 landing..Alamak,Aku terkantoi tidolah,matilah ni..Nasib baik mood manager tu baik hari ni,so dia suruh aku pergi Hep B balik..Ingat tak kena,tapi time pass report tadi sabar je la telinga aku ni bila ada orang sindir2 kata ada orang tidur time kejaa...kesimpulan,aku insaf sekejap,hehee sekian^^

 *Nak tidur dulu macam dia ni,jeleslaaa..Nyte sume^^

Kata Achie :Macam mana tak ngantuk kalau tidur lambat.heheee 

  

 

0 komen dari budak comel^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger