Blog Lensa Kamera

Jumaat, 28 Januari 2011

Bila Semua Benda Dia Tahu^^

Salam dan selamat pagi semua...Dah jam berapa ni,aku belum lagi nak 
tdo..sok dah laa keja pagi ni..alamat nak mampus la
aku pas ni..tido tak menentu laa.pastu nak kena bangun awal pulak..
sekarang ni mood kerja aku dah merudum balik...nak tahu kenapa??

Korang pernah jumpa tak orang yang terlebih pandai ni??kalau ada,
kita serupa laa..aku bukan nak kutuk kutuk pada sesiapa yang terasa hati tu, harap dimaafkan cuma aku tak puas hati dengan hal time kerja tadi..
ada satu member aku ni bajet pandai laa kononnya,padahal aku ni senior dari dia buat macam biasa je..hehee aku ingat lagi time dia mnta ajar dulu,dari apa yang dia tak tahu sampai dia dia tahu...semua tu ilmu dia dapat dari senior2 ni, bukan baru start keja dah terus2 pandai kan..

 yala,kitakan manusia..selalu buat kesilapan dan itu memang aku akui sendiri,cuma aku tak puas hati bila dia selalu bajet dia tahu semua..kalau salah macam mana pun dia tetap nak cover baik punya dan tak nak mengaku salah..
kalau ada buat silap,dia buat2 tak tahu ni..dan bila ditanya bila pula tak nak mengaku,tak geram ke macam tu..tapi tu ok lagi la,cuma tadi ramai yang hangin semacam bila dia buat hal lagi..

Tadi dekat nak balik tu ada talk dari senior kami pasal water treatment, ala yang pasal R.O water tu,pernah dengar tak??tapi bukan ni bukan produk Hai-o or Diamond dan sama waktu dengannya..ni untuk pesakit dialysis a.k.a buah pinggang je...panjang lebar senior tu terangkan sampai ada part2 yang dia tersalah sebut,boleh pulak mamat bajet pandai tu tembak kenakan dia dan ketawa sorang2..hati siapa yang tak panas,cuba cakap??ermmmmm untuk makluman semua,dia pernah gak present sebelum ni dan banyak buat silap tapi takde yang kutuk2 dia pun,siap bantu dia lagi mana yang patut ni bila orang lain,suka suki dia je nak gelak...aku nak kena present minggu depan,macam mana ni....tension laaaa



Kata Achie :Apa patut aku buat ni??arghhhhhh 
 
   

0 komen dari budak comel^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger