Hai semua..agak lambat aku upate malam ni tau,ngeee baru je lepas makan..
lagipun aku tengah layan Buku Ni.. best gak membaca ni kan daripada tak buat apa-apa..tadi balik kerja singgah kejap kat giant dan tersambar lagi satu novel..novel kat uma banyak lagi tak habis baca tapi dah siap beli novel baru..
ada siapa nak pinjam??heehee pinjam je la,tapi dua hinggit tau...hahaaa
ok laa,kalau nak tahu cerita pasal novel yang baru aku beli ni,aku boleh share tapi sinopsis je la..kalau nak lebih,sila beli kat kedai berhampiran tau...hehee
Sinopsis Tanpa Mu Aku Rindu By Aleya Aneesa
Asalnya ,dia anak polos yang selalu menceriakan hari-hari mama dan ayahnya. Menjadi penyeri dimata hati dan penyejuk di hati mereka. Bahkan,dia anak yang tidak pernah menghampakan kerana sejak kecil memang terasuh sifatnya.
Namun, sekelip mata semuanya berubah. Anak yang satu iu semakin kurang ajar dan suka mencabar kesabaran orang lain. Tidak lagi menjadi penenang setiap kali kelelahan. Sebaliknya hanya membuatkan setiap yang ada disisinya kewalahan.
Lantas demi menyedarkan, Zuyyin harus dihukum ! Malangnya, hukuman demi hukuman yang diberi hanya membuatkan dia kian tegar. Dia semakin seronok melihat air mata orang lain tumpah kerananya. Istilah kesal langsung sirna dari kamus hidupnya.
Bila dugaan Allah benar-benar didatangkan padanya dalam keadaan tak terduga. dia rebah dipukul rasa bersalah. Lalu di tengah-tengah jiwanya yang rapuh, Yazzer yang selama ini menjadi musuh tradisi bangkit menghulur tangan.
Bagi lelaki ini,saat pembalasan sudah tiba. Dan luka ,bukanlah luka juga satu penawarnya? langkah Zuyyin teragak, namun dia tidak punya pilihan lain selain pilihan yang satu itu kerana dia bukan siapa-siapa lagi..
Kata Achie :Ada sesiapa kat sini bernama Zuyyin?Cantik nama Zuyyin ni..hehee
0 komen dari budak comel^^:
Catat Ulasan