Blog Lensa Kamera

Khamis, 10 Februari 2011

Apakah Hepatitis C?Anda Berisiko??

Hai semua..malam ni tak larat nak tulis entry la,dah laa semalam tidur tak cukup pastu boleh pula tadi petang aku pergi derma darah..ngeeee rindu nak derma darah walaupun ikut syarat aku tak layak coz semalam tidur kurang dari 5jam..apa lagi efek dia buat aku asik menguap je time balik dari Pusat Darah Negar tu...nak tidooo

kejap,aku nak share sikit pasal Hepatitis C ni..Siapa nak tahu lebih lanjut,silalah teruskan pembacaan korang,tapi kalau tak berminat takpe,aku tak nak paksa ok..janji hati korang senang..silakan..
  

*Ihsan Abg Google^^ 

Apakah Hepatitis C?

  • Ia adalah virus bawaan darah.
  • Mula ditemui pada 1989.
  • Produk darah telah diperiksa secara rutin untu Hepatitis C sehingga tahun 1994,Oleh itu sebelum tahun tersebut,Tranfusi darah (Pemindahan Darah) dan produk darah merupakan kaedah jangkitan Utama.
  • Penyebaran virus Hepatitis C dianggarkan di antara 0.5% hingga 1.0% atau seorang dijangkiti dalam setiap 100-200 populasi.
  • Kewujudan Antibodi untuk hepatitis C tidak memberikan imuniti.. Maksudnya sehingga kini tiada vaksin untuk Hepatitis C..bahaya kan??

Apakah Bahaya Hep. C?

  • Hep. C yang kronik boleh membawa maut.
  • 85% daripada mereka yang terdedah kepada virus menghidapi penyakit ini.
  • 1 dalam 5 pesakit yang menghidap Hep. C akan mengalami parutan dan pengerasan hati secara berperingkat.
  • Risiko menghadapi barah hati adalah sehingga 5% selepas 20 tahun dan sehingga 4% setahun jika hati telah mengalami parutan.

Bagaimana Anda mendapat Hep C?

  • Melalui pendedahan darah yang telah dijangkiti virus tersebut.Malah boleh dijangkiti melalui darah kering.
  • Penyentuhan darah dengan darah yang dijangkiti.
  • Penggunaan alat suntikan ubat /darah yang sama.
  • Tatu dan menindik telinga dan badan.
  • Tranfusi darah (pemindahan darah) dan produk darah sebelum tahun 1994.
 Cara Jangkitan yang lain?

  • Berkongsi ubat gigi,pisau cukur,alat gunting kuku jari dan kaki dengan orang yang mempunyai penyakit ini.Walaupun risikonya rendah,peralatan tersebut mungkin mempunyai kesan-kesan darah yang dijangkiti itu.
  • Berkongsi tuala juga boleh mendatangkan risiko. 
  • Jangkitan melalui hubungan seks adalah samar-samar tetapi berkemungkinan wujud.sesetengah kajian mencadangkan bahawa bahan-bahan virus boleh didapati didalam cecair vagina atau air mani.

Siapakah yang perlu menjalani Ujian Hep. C?

  • Mereka yang menerima tranfusi darah atau produk darah yang tidak diperiksa terutama sebelum tahun 1994.
  • Penggunaan alat-alat suntikan ubat yang sama.
  • Penyakit haemodialysis kronik.
  • Kemalangan atau kecederaan yang diperoleh melalui penggunaan alat perubatan yang tidak cukup steril,amalan kawalan jangkitan yang lemah dan suntikan tidak selamat.
  • Jika ujian fungsi hati tidak normal. 

So jika korang nak jaga kesihatan dengan baik,tak salah korang buat ujian Hep C kan??dan jika positif,aku sarankan bagus korang jumpa doktor untuk rujukan seterusnya kat Pakar Gastroenterologi atau Hepatologi dan sila mulakan rawatan yang betul..Dan jika hasilnya negatif,sila abaikan pesanan ringkas aku ni.heee

Sumber dari Nota Study yang dah expired..hehe 

Kata Achie :Mencegah lebih baik dari mengubati..betul tak??ngeeeee 


















 

0 komen dari budak comel^^:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger