Hai slmt malam..malam yang indah ni,korang tengah buat apa tu ar??
malam ni agak penat kat sini,badan tak berapa sihat tapi mental ok je ..hehee
sykurulah,masih diberi kesempatan bernafas lagi dimalam minggu ni,syukur sangat-sangat nikmat yang diberi...
Malam ni,lepas isyak je aku macam malam-malam sebelumnya dengan layan novel yang masih banyak belum habis dikhatam..entah laa,bila nak habis novel semua ni...kalau tak kerja ni confirm siap laa cepat tapi macam mna gak..komitmen pada kerja tu lagi penting kan?so aku kena dahulu kan pada yang perlu,yang tak perlu dikemudian kan...hehee hari ni aku baru nak start baca novel tapi dah beli novel baru lagi..Agak tamak disitu kan,hahaaa Dan pada yang tak minat novel..haraf dimaafkan, janganlah diteruskan pembacaan anda kerana kelak hanya menimbulkan kebosanan yang melampau...sekian^^
Sinopsis Sanubari Pujaan
Perhatian yang diberi Adam Lutfi membuatkan Kauthar mula merindu lelaki itu. Atas dasar menghormati hubungan pelajar - tutor,dia mengambil langkah untuk memendamkan perasaannya sendiri. Sedangkan Adam Lutfi cuba mendekati Nadiha tanpa mengetahui gadis itu sebenarnya mahu mengecewakan setelah cintanya dengan Karl tidak kesampaian..
Tika hati mula bergetar setiap kali mengingati Adam Lutfi, Kauthar membicarakan jua soal hatinya. Sayangnya, Adam Lutfi sudah mengikat pertunangan dengan Nadiha. Kehancuran cinta yang tidak berbalas melarakan hati. Dihumban jauh kasihnya yang tidak memberi apa-apa erti lagi..
Pertemuan dengan Kauthar memutikkan bunga-bunga cinta dijiwa Karl. Ketulusan Karl membuak semula pintu hati kauthar. Saat Kauthar melakar bahagia, rumah tangga Adam Lutfi pula bergolakam. Tahulah Adam Lutfi yang mana intan,yang mana kaca. Cinta Kauthar ingin diraihnya semula. Dan Kauthar terpaksa memilh..
Kata Achie :Baca novel ni buat aku rasa khayal je..heheeee
0 komen dari budak comel^^:
Catat Ulasan