Dah lama rasanya tak tepek sinopsis kat blog ni,so malam ni aku
nak sambung lagi tradisi zaman purbakala aku tu...
layan je la sinopsis ni..yahoooo dan kali ni aku nak review sikit la ,boleh tak??heheee
Pertemuan tanpa diduga dialam maya membuatkan hubungan Minah Spears dan Mat Skru
bertambah erat.Sehari tidak berchatting terasa dunia seakan tidak ceria walaupun mereka tidak pernah bersua muka.
Spanar sering berkongsi rasa dan cerita dengan skru tanpa rasa curiga, Skru yang bertindak sebagai pendengar dan penasihat membuatkan jiwa spanar sentiasa tenang.Setiap kali dilanda rindu pada kenangan lalu. Kepada skru dia meluahkan semuanya.
Sikap skru membuatkan Spanar mengingati Amin,lelaki yang dikenalinya tujuh tahun yang lalu. Dia pernah menyayangi lelaki itu, Namun mereka terpaksa berpisah kerana perbezaan taraf. Akhirnya Amin pergi kerana rasa terhina. Dan selam itu jugalah,dia penunggu yang setia.
Sesungguhnnya,perpisahan itu amat menyakitkan. Alangkah indahnya jika selepas perpisahan, wujudnya pertemuan. Pasti tiada insan yang merana dan tiada jiwa yang menderita. Dia ingat lagi pesan Amin.
"Amin harap Reen semai ikatan hubungan kita dengan baja kejujuran dan keikhlasan supaya bercambah benih kasih dan sayang. Amin doakan kejayaan Reen"
Kesimpulan : Memandangkan novel ini aku dah baca,so aku nak ulas la cikit ye..hehee dalam cite ni konflik bermula bila timbul isu darjat dalam persahabatan yang mula disemai dengan benih percintaan..nampak gayanya,benda macam ni pun masih ada kan?nasib baik dalam novel kalau kat persekitaran ini,alangkah sedihnya..walaupun tujuan ayah reen ni memutuskan hubungan anaknya,Reen dengan Amin demi kebaikan Amin tapi dia telah melakukan kesilapan besar bila dengan cara itu cuma membuatkan Amin merasa terhina..Ingat,dunia ini berputar..tak mustahil yang kaya akan jatuh papa kedana,yang miskin menjadi raja..
yang kedua, persahabatan menjadi percintaan.,.ok,bab2 cinta cintun ni aku tak pro sangat tapi bagi aku tak mustahil untuk seorang sahabat untuk jatuh cinta pada sahabatnya, dan tak salah pun kan lebih2 lagi bila cinta tu hadir sendiri..hanya orang yang merasa je faham,yang tak tahu tu diterangkan 1001 kali pun tak kan faham....
yang ketiga,setiap kejadian ada hikmahnya yang tersembunyi yang tuhan berikan..
Reen dipaksa putus hubungan dengan amin..dia berasa sedih dan merasakan dugaan itu berat sekali namun sedar akhirnya bila dipertemukan semula dengan amin walaupun banyak rintangan yang melanda.. kalau tuhan kata iya,maka jadilah ia,siapa kita untuk menidakkannya..betul tak??so jangan risau,kalu betul dia jodoh anda...
yang keempat,cinta atas dasar maya ini tidak mustahil..walaupun reen dipisahkan dengan Amin,namun dorang kembali bertemu dialam maya melalui khidmat masyarakat yahoo messenger...tu dalam novel,kalau dalam dunia kita ni,kita ada twitter,kita ada facebook,kita ada blog,semua kita ada..jadi tak mustahil untuk jatuh cinta kat alam maya itu untuk berlaku,tak percaya tanya Blogger Ujang ,tunang dia pun dia ngorat kat mirc..betul tak penyataan aku ni??kalau salah,maaf la..hehee
Layan novel kat bawah ini pulak:-
Kata Achie :Apa benda la aku review ni..busukkk
1 komen dari budak comel^^:
aq pon de gak teman mcmni..huhu..da 4 thun knal tp xprnah jmpe..cdih..rse nk sgt jmpe dia..
Catat Ulasan