Blog Lensa Kamera

Memaparkan catatan dengan label Sudut Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sudut Blogger. Papar semua catatan
Ahad, 19 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

Tak sangka dalam sekelip mata bulan ramadhan dah berlalu pergi meninggalkan kita.. tak tahu bilakah lagi bulan ramadhan akan menjelma dan menguji diri yang serba naif ini..Semoga segala amalan kita diBulan Ramadhan Almubarak akan diterima olehNya ,insyaallah sama² kita doakan ya..Semoga bulan ramadhan yang dah berlalu pergi akan menyedarkan kita dari tidur yang lena,mengingatkan ada insan yang lebih lemah yang perlu diberi perhatian dari kita dan membuatkan kita tidak mudah alpa didunia yang sementara ini..

Dikesempatan yang ada ini,saya Achie pemilik blog www.wooferstorm.com dan www.lensakamera.com mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua umat islam tak kira dimana pun berada.semoga  Bulan Syawal yang menerjah kita ini dapat merapatkan jurang kasih sayang yang mungkin dah longgar sebelum ini..semoga hari kemenangan buat kita selepas sebulan puasa membuatkan kita lebih sabar dan sentiasa merendahkan diri tak kira dimana juga..akhir kata,pandu cermat jiwa selamat..macam mana kita berpuasa selama sebulan,menyambut syawal pun kenalah belajar untuk bercermat.. salam kemaafan andai ada kata terguris dihati sepanjang saya berjalan seiring dengan blog yang serba kurang ini..maafkan ya..Sekian~

**************************************
#Maafkan diri ini buat ayahanda serta keluarga kerana tak mampu beraya bersama².. Semoga ada rezeki ditahun akan datang..
#Cuti raya pun dapat last² minit,tu pun lepas dah bertekak lidah dengan pihak yang tak punya perasaan.. grrrr
#Semoga hidup kita didunia sementara ini akan baik² saja,dan sentiasa beringat setiap masa ya..

#Sumber gambar hanya mampu ambil dari google..heheee

Kata Achie :Raya kali ini tak semeriah raya sebelum ini..tiga tahun tak beraya 
dikampung memang menyakitkan hati..erkkk


Terima kasih atas kehidupan yang engkau berikan,Aku Cinta ALLAH..
Selasa, 3 Julai 2012

Tiada Duka Yang Abadi

Assalamualaikum w.b.t . . . . .


LIRIK LAGU TIADA DUKA YANG ABADI :Opick

Video klip sila ke SINI

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani


Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam kan berakhir, hari kan berganti
Takdir hidup kan dijalani

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini
*Serius aku jatuh hati pada Opick,lagu beliau memang best sangat..
******************************
Kematian itu sememangnya dekat dengan kita,sesungguhnya setiap insan yang hidup pasti akan merasa akan kematian..bahkan kematian itu terlalu dekat dengan diri kita tanpa kita sedari sejak dulu lagi..Hari ini kita bisa tersenyum riang melihat kebahagian yang menjelma didepan mata,namun bisa mengundang kesedihan bila mana insan yang berkongsi kasih sayang dengan kita pergi begitu saja meninggalkan kita tanpa dipinta..

Kematian itu sebenarnya adalah kenikmatan yang  sebenarnya kita cari,hidup untuk mati kerana setiap yang hidup pasti akan merasai mati dan seterusnya dihitung amalan sama ada syurga atau neraka jawapannya..Selagi masih bernafas dimuka bumi ini,selagi itu kerahkan diri penuhi keinginan yang ada selagi tidak menyalahi undang islam yag telah termaktub.. Apapun beringat sebelum terkena dan usahakan mencari kebahagian selagi esok masih ada..Sekian !!!!

Entry ini untuk seorang sahabat..
Alfatihah untuk Beliau,
Semoga anda aman disana,insyallah kami akan menyusul anda
suatu ketika..pasti!!

*************************
Sudut Tahukah Anda.....

#Tahukah Anda.senyum bisa menghilang tekanan kehidupan.tapi dengan senyuman juga boleh membuat ada orang cepat perasan..erkkkk
#Tahukah Anda,lelaki lebih cool berbanding perempuan namun lelaki hilang coolnya bilamana perempuan itu memuji lelaki lain depannya..kan3??
#Tahukah Anda,membeli makanan kat pasar malam itu lagi mudah dari memasak sendiri dirumah.namun perkara yang anda tak tahu bilamana aku terpaksa MC hari ni kerana makanan yang dibeli semalam..nampak bubur jagung tu sedap,tapi ada racun tikus kot kat dalamnya.erkkk

#Cerita ini dah basi,tapi aku saja nak upload lagi..hehee

Kata Achie :Setiap yang hidup pasti merasai mati,jadi jangan terkejut bila 
giliran aku pula selepas ni..


Terima kasih atas kehidupan yang engkau berikan..Aku Cinta Allah
Jumaat, 22 April 2011

Tahniah buat Dayang..

Assalamualaikum...

Hujan kat Puchong ni buat aku nak baring je rasa,cuma inginkan 
selimut yang tebal menutupi diri yang agak besar ini..heheee aku 
memang tak suka sejuk2,memang kalau sejuk banyak benda aku 
malas nak buat..rasa nak tidur je walaupun tak mengantuk,jadi 
berbaring je la..heeehe  

Tapi,sebelum aku laju je berbungkus kat sini,aku nak ucap tahniah dulu 
buat Cik Dayang  kita atas entry dia kat Sini..Tak sangka dah genap setahun dia
kat dunia blog ini,sementara aku masih lagi duk terkapai-kapai mencari hala tuju..
Semoga dia kekal berblogging,dan dapat apa yang dia hajati kat dunia blog ini, dan 
semestinya dapat kawan baru yang baik-baik belaka..bukan macam aku yang jahat benar
sampai Cik Najihah panas hati ini.hahaa maaf lah kalau ada yang tak suka dengan 
kehadiran aku kat sini..Jadi malas nak mengarut lagi,apa kata kita terjah jela blog
dayang ini ok.Sekian...

 *Tak sabar nak terjah?jom klik banner ni..Jommm


Kata Achie :Sambil menziarahi,tak salah kita follow blogger ini kan??heheee 
 
Ahad, 27 Februari 2011

Buat Follower Achie^^

Hai semua...puas gak menunggu dari semalam,akhirnya tercapai gak hajat aku untuk dapat rm500 dari Sini ..opsss,memain je laa...aku baru je dapat follower ke 500 dari Cik Gadis.. tapi yang buat aku gundah gulana frust ni bila tak dapat nak jejak dia semula..takde link dia pun ni.. buat Cik Gadis sila datang berjumpa aku kerana ada benda aku nak cakap..apa dia??memandangkan dia ni follower ke 500 aku,aku nak bagi something laa kat dia..apa dia? hanya cik gadis yang tahu.so cik gadis sila2 lapor diri anda kat entry ini jika tak nak kerugian besar berlaku..hehee 



Bersyukur,walaupun blog aku ini buruk jelek je,ada juga yang sudi nak follow yee..terima kasih buat semua yang sudi2 follow tu..tanpa korang siapalah aku kan...dan dikesempatan ini aku nak cakap sikit,boleh tak??hehee aku ada dengar kisah pasal follow memollow ini, ada gak aku dapat komen anon kat blog Adik Bongsu yang buat aku sakit hati,tapi takpe laa itu pandangan dia... bagi aku tak salah kalau kita nak follow orang,cuba fikir kalau kita tak follow orang macamana follow kita akan bertambah?? even redmummy ke,hanis zulaikha pun.dorang pun mesti gak follow orang kan,betul tak?? cuma bezanya sekarang bila dorang dah meletup ni,rasanya tak payah nak follow lagi coz follower dah banyak,,,orang dah kenal dorang ini,so mestilah  blogger yang tak follow lagi tu teringin nak follow sebab nak tahu ada apa dengan cinta dorang kan..

Kalau aku,kau kau kau dan kau tak follow dia dia dan dia,maksud aku tiada istilah follow,maknanya sampai ke tua la follower kita tu kosong je..heheee betul tak??so rasanya bagi aku benda tu tak salah,tapi itu aku kata..korang kata,aku tak tahu la,..hehee cuma kalau nak follow pun biar ada stylenya ,contoh aku follow blog korang,aku tak pernah pun cakap macam ini .. "weh,sila follow aku,kalau tak follow,awas ko.. tak pun macam ini, "awak,follow saya tau, pastu baru saya follow awak,..tapi itu terpulanglah kat korang..Dan Cara aku,aku akan follow orang dan tak paksa orang follow aku coz aku tahu blog aku ni macam apa je sampai paksa orang follow aku..tapi kalau korang pulak yang nak follow aku,cakap awal-awal..insyallah aku akan follow dengan secepat mungkin coz korang follow aku dah buat aku rasa terharu... bab isu follow memollow ini,aku respek dengan pendirian  Pendekar ini,coz dia tak kan follow kalau merasakan blog itu tidak selaju kuasa kudanya.. tapi itu pendapat dia,pendapat korang bagaimana..
betul tak Umi apa yang aku cakap ni..?? sekian^^

Kata Achie :Cik gadis,Anda dimana?? 

Pengakuan Berani Mati :Kenapa Blogger Sorok Edentiti?

 Hai Blogger...ermm,waaa betul2 tersentap aku kali ini...sis ni memang aku respek laa coz entry dia ringkas tapi meleleh power beb..kalau sebelum ini sis ada buat entry pasal apa,nak tahu??sila klik Sini ,memandangkan aku agak tercabar cool kat situ,aku buat serangan balas pula kat Sini ..hahaa tujuan aku bukan nak cari gaduh pun dengan sis ni,sebab aku dah booking anak dia jadi GF aku..hehee sis pun dah setuju kan.betul tak sis??ngeeee tapi dia balas balik pula..ermmm tak percaya sila klik Sini pulak..sis,aku tersentap sikit je pun..hehee

Dan kali ini,aku tak nak lawan bangkang cakap Mentua Sis Diana aku,aku nak buat pengakuan berani mati kenapa aku dan blogger yang sama waktu dengannya sorok edentiti..nak tahu?teruskan pembacaan korang.. sebelum tu,layan gambar kat bawah ini ya..


1.Ada Hutang dengan orang terutamanya along..
~Yup..betul..coz selalu pinjam duit dengan abg long along sampai segan nak tunjuk muka,yala walaupun Along Tapa ,niat dia bukan nak tolong pun,cuma nak lelong.. kadang2 suka sangat nak Cimolot aku, suka menyampah tau...heheee

2)Malu Kalau sedara mara baca blog depa.
~Betul gak ni,yala aku merepek kat sini kutuk maki hamun cite pasal sodara aku,dorang baca nanti tak pasal2 kena potong kepla aku.hahaa ingat mak bapa aku takde blog ke, korang jangan tak tahu mak bapa aku pun femes apa, bapa aku si Pendekar Perkasa mak aku apa kurangnya si Ummi  ,aku kat uma orang panggil Abg Chik a.k.a Achie,tapi jangan memandai nak buli coz Kak Chik selalu support aku ketat2..  

3)Muka Tak Ensem..
~Kak Diana ,aku tak ensem ke??opsss.yala tapi napa maisara sudi je nak couple dengan aku??heheee Shag Sayam rajin je kenyit mata walaupun aku buat-buat tak nampak..heheee tapi aku memang tak ensem pun,korang kisah ke kawan ngan orang tak ensem macam aku ni.. lain laa macam En Solihin..

4) Kalau ngutuk2 orang tak dak sapa boleh cari kat luar..
~Memang aku akui Bro Khairul dan Cik Alisa selalu je kutuk-kutuk aku,opsss salah,selalu je aku kutuk2.tapi dorang ni cool je pun...heheee nak cari kat luar pun nak ajak ke Hill Park jumpa Sis Astina dan Cik Shinju ..tapi itu dulu,sekarang aku dah taubat selepas Ustazah Sunah dan Temannya Bro Ady lempang nasihatkan aku cukup-cukup..

5)Mak Memang Tak bagi Buat blog..
~Siapa kata  Ummi aku tak bagi,ummi aku baik tahu walaupun realitinya aku dah tiada umi sejak 200* lagi ..ermmm siapa ada umi tu,boleh share kasih sayang tak??sayangi ibu selagi masih ada..


6) nak mengenali kami melalui penulisan,bukan paras rupa..
~Betul gak ni,ada benar tau..yala yang menulis tu tangan bukan muka aku yang buruk ni.. kalau Bro Wan  dan  Bro Ben lain laa,tangan ketul2 tu yang taip2..hehee

7)Lebih selesa begini..
~Yup..betul,kalau gini ok sikit..kalau tak habis aku kena bantai oleh Syira kalau dia tahu muka aku macam mana nanti..heheee


Kalau nak gak tahu muka aku yang sebenar..sila klik Sini




Kata Achie :Jangan marah sis diana dan blogger yang terlibat terutamanya Scc ,sekadar gurauan dari achie...Coooool^^





Sabtu, 26 Februari 2011

Iqbal Hakimi Buat Aku Panas..

 Hai Blogger..penat belum lagi hilang coz keja petang tadi...aku malas kerja petang kalau hari sabtu,tapi apa kan daya jodoh tiada.mengarut dah..bukan,dah manager letak aku kerja petang,so petang pun petang laaa..tapi petang ada gak best dia tau,ada elaun ni..ngeeee lagipun petang takde budak ofis,so bebas la sikit.heheee

Tadi tengok entry2 yang hot kat Dashboard tu,dan aku tertarik dengan satu entry ni..coz memang aku ada saman gak..dan aku pun nak tahu kesalahan apa yang dibuat sampai kena saman..hahaa dan bila aku baca,memang aku dah kena...nak tahu kena apa,jom klik banner kat bawah ni ,aku malas nak cakap banyak lagi..heheee sekian,Iqbal2..
 
 *Klik banner ni jangan tak klik...ermmmm

Kata Achie :Jeles dengan header dia ni,hehee ada siapa nak tolong buatkan?ngeeee 

Isnin, 21 Februari 2011

Saya Nak Join Entry Dalam Yuyu Zulaikha

*Klik laa banner ni kalau berani..yahooooo

Ermm.sempat lagi tak ni..alamak,dah ramai dah join benda panas ni..aku nak menyibuk gak laa
walaupun tak diundang oleh Cik Yuyu ni...heheee aku nak join coz aku bukan siapa2 .. takkan masih baru nak sombong2 kat senior,tak baik makcik pakcik sekalian..tapi sempat tak ni cik yuyu???ngeeee 

*Nasib baik rajin tengok Dashboard.

IkLan Sekejap:-
Jom Sign Up Heart Beat.. Sempat lagi..hehee peace^^


 
Ahad, 20 Februari 2011

Sissyira.Com Pulak?Kenapa Ni?



Salam..Kalau FaizalFredley.com aku tak boleh buka semalam,aku mungkin baru perasan coz ada kawan blogger bagitau benda ni..bagus blogger tu coz beri maklumat macam ni,aku pun try la buka memang tak dapat buka sampai ke hari ini..apa pasal ea??untuk pengetahuan,aku buka guna opera mini,aku memang suka guna opera mini ni dari dulu..Tak tahulah kenapa,tapi aku rasa siok..bila aku rasa mungkin opera ni ada masalah,aku try buka guna internet explorer pulak..still tak boleh nak buka gak..napa ea??ada apa2 yang aku tak tahu yang korang tau?blog dia kena hack ea??pasai apa??walaupun aku jarang terjah blog brader ni tapi aku selalu la sekali sekala jengah bila dia ada entry baru..lagipun domain dia senang nak ingat,kalau benar masalah hack,harap dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin..

Tu Faizal,tapi blogger sorang ni memang aku kenal gila.coz aku selalu layan entry dia,. Sissyira .com..kenal??blog dia kena hack gak ke or ada benda lain yang terjadi...Apa cite ni? dari semalam aku try buka tak boleh2 ni...ermm,kalau pasal hack,napa sampai nak hack2 blog orang ni,marah?benci? dendam? tapi bukan tu caranya nak kenakan orang..cian laa kat dorang,harap benda ni setel dengan aman ya..cian kat blogger2 ni,takut next time kita pulak yang kena.lebih2 lagi aku..harap2 tak lah ye,aku masuk dunia blog ni bukan nak cari pasal,tapi cari kawan..sekian^^

~Peace 

 *Or aku tak boleh buka coz tak bayar bil P1 ,..ermmm dah bayar la wehhhh


Kata Achie :AKu tak nak gak kena hack..seram sejuk takut. 
Jumaat, 18 Februari 2011

Entry Serangan Balas..Yeaaaaah Itu Dia.

Salam Blogger..Aku datang kembali,ingat malas dah nak buat entry tapi bila aku bw tadi.. aku jumpa satu entry yang buat aku layu semacam..layu??hahaaa sebelum tu,maaf kalau entry aku ni buat Ibu Maisara ni marah..aku saja nak bagi serangan balas untuk entry dia yang kat Sini .jangan marah2 ye sis,orang kata menyelam sambil minum air dan aku pula update entry sambil serangan hendap sis ni..hehee Sis ni kan senior aku,tak leh gaduh2.nanti tak dapat aku nak jumpa maisara comel tu.aku suka maisara..yahooooo sebab dia comel lorrrr..

Yang pertama..
*ni susah nak cakap sis,coz lelaki pun ada gak yang rajin update entry tapi sis tak jumpa lagi kot orang rajin macam tu..aku??aku malas,..hahaaaaa tapi En Ben Ashaari tu malas ea?? tu contoh terbaik,dia rajin je upate entry dari masa ke semasa..ada idea lain lagi tak wahai kaum adam sekalian?? siapa ea bloger lelaki lain yang rajin update entry??heheee -peace^^


Yang kedua..
*Lelaki ni pun ada yang rajin bercerita tau,tak percaya tanya Dapur Tanpa Sempadan ,silap2 korang asik nak makan je bila tengok senior blogger ni cakap benda ni..tak percaya??sila la terjah..huhuhuhu laki pun jaga standard tau sis,jangan tak tahu..cuma kita segan nak tonjol menonjol ni,tak macam perempuan..semua benda kot nak cakap,tak kan pasal tidur sampai meleleh air liur pun kita nak bagitau..kami laki ni memang jaga standard kaw2 punya.tak percaya,sis tanya husband tau..ngeeeee -Peace


Yang Ketiga..
 *Sis,lelaki pun menghargai kehidupan tau,benda remeh temeh lebih2 lagi blog ni,kami sayang sangat2.kalau tak ,tak kan nak update je hari2..sampai kalau tak buka,jadi risau tak menentu..jangan ingat kami ni garang asik nak pukoi orang je,tapi hati kami ni tetap ada taman..heheee tak percaya lagi?tanya Bro Nub Kaki Pukul ,nama je kaki pukul tapi dia ni kaki loglaq gak..hahaaaaa -Peace


Yang keempat..ke4??ermmmm

*Bukan apa,kaum adam ni tak suka cakap main lepas juga..takut hawa terasa hati pulak..betul tak sis?kami ni sayang kaum hawa,biar hati sakit tapi tak sanggup nak buat hawa menangis pilu..kami memendam rasa sorang2,tak percaya sila klik video yang kami buat khas untuk kaum hawa.. video Memendam rasa -Peace
  

Macam mana sis,puas hati tak entry ni.jangan marah2 tau sis..saje je balas coz faham2 je la laki ni pantang dicabar..ngeeeee jangan marah2,kirim salam dengan maisara tau. awek aku masa depan,.heheeeee

Kata Achie :Sila klik link2 yang ada kalau tak percaya..heheee 





 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger