Berdua lebih baik?adakah betul apa yang dikata?
atau berdua cuma hanya membinasakan diri kita sahaja,
bagi aku berdua ada baik dan buruknya,
baiknya bila berdua pasti banyak benda kita boleh kongsi dengan sidia,
banyak masalah boleh diluahkan,tak perlu nak serabutkan otak sendirian,
ada orang yang ambil tahu keperluan dan kehendak kita,
seronoknya bila ada yang tahu susah senang kita,
tak perlu sangat nak memendam rasa,
kadang kala kita lagi selesa meluahkan dengan sidia berbanding keluarga mahupun
teman rapat kita sendiri..
tapi buruknya bila berdua cuma membuat hidup kita sia-sia,
jangan kata asal berdua sahaja merujuk pada pasangan bercinta,
tapi dah berkeluarga pun boleh digelar hidup berduakan?,
berdua menjadi padah jika pasangan kita tidak pernah memahami apa yang kita inginkan,
tidak ingin berkongsi masalah apapun dengan kita,
terasa jika bersama kita hanya membuat dia sengsara,
dia lebih percaya dengan yang orang luar banding kita yang sedia maklum adalah pasangan.
kalau dah sampai tahap itu,kenapa perlu berdua..
lebih baik hidup bersendirian,hidup pun tak sengsara,HATI PUN TAK SAKIT..
SEKIAN......
*Tolong jangan sakitkan hati aku ya...
Kata Achie : Aku hidup penuh dengan kecelaruan..
Sila like jika suka entry ini.....
27 komen dari budak comel^^:
bersatu lebih baik! ^^
betul..baik atau tidaknya bergantung pd situasi. umumnya hidup mmg lebih baik jika berdua. tapi kalau sebaliknya..jgn putus asa, cari jln keluar.
*apa yg bercelaru achie? dah tiba masa cari teman hidup kot..panjatkan doa kpd-Nya!
for me, kalau nak berdua secara belum sah, better jangan..
kalau nk berdua dah sah, kena cari yg betul2, then kena paham tanggungjawab yg bakal dipikul, kalau ada yang kekurangan, kena topup. ^.^
*betul tak saya komen tak tahulah *
tetibe nak nyanyi lagu berdua lebih baik. heheh
btw, single is better.. best wohh.. huhuhu
ber'satu' lagi best, xda siapa mahu cemburu2, x perlu ada yang di risaukan, kredit pun x syg sgt. huhuu. =) sebab tuh lah org yg ber'satu' sentiasa gembira. baik try pasang bertiga. mana tahu best? hahaha.
#kalau aku, paling aku benci org yg x percaya kata org yg lebih rapat dgnnya berbanding org luar. cehhh
pasrah ja lah kalau hidup penuh dengan kecelaruan. huhu. apa pun THINK POSITIVE! haha
Mana terbaik kita sendiri tentukan....
foreveralone.. sobbss..
eh, org kece sal nama blog, die kata sal url die panjang +_+
mcm bunyi frust je ni,,berdua ni bnyk kebaikan,,yg penting serasi dan tolak ansur kan,,;)
hidup sensorang sunyi. tapi sebenarnya ALLAH sedang melindungi kita dari perkara yang sia-sia. Wallahua'lam.
ntah laa achie..ada baik burknya kalau berdua nie..tapi kita yang set hala tujunya..hehehe
Regards,
-Strider-
lepas baca entry ni.
chemay rasa macam.
maybe chemay dengan dia patut berhenti dari terus berdua.
:(
thanks achie.
whats wrong with you? I can be your good listener :)
ika ade wat slah ke?
ika minta maaf ye kalaw ika de wat slh..
Kadang-kadang Kak Nida pun terfikir.. alangkah bestnya kalau hidup sendirian.. sebab takde sesiapa yg nak sakitkan hati kita.. tp bila dikenang balik, nanti jadi gila pulak sebab bosan tahap yang melampaui batas..hehe
jodoh adalh ketentuan Ilahi..
kalo xde jodoh & b'pisah, kne la trime ngan redha je..
mmg kdang2 couple/ suami isteri b'gado..
kne pndi2 la jg ati masing2.. >_<
achie, sy xskitkn ati awk, kn? hehe.. XP
owh, awk study kat ppum? bdk medic eh.. ^_^
bak kata acha sepriasa: bedua dgn mu pasti lbh baik hehehehe
beranak pinak lebih baik hehe
kepercayaan itu penting dalam sesebuah hubungan ;)
Bila dah berkahwin... sememangnya berdua lebih baik.. bagaimana pun hidup ini x boleh nk hidup sendiri.. mcm mana pun kita akan tetap memerlukan org lain.. :)
sometimes :)
http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/spontaneous-of-sayings.html
ada lagi baik
hmm i xbpe suka nk cite mslh kat org heheeh
ok kot..kalaw bertiga..
mmg de kacau daun..
by the way.
nice entry
beramai2 lebih baik..
haha...
Andai benar kita mencintainya, cukuplah sekadar melihat si dia bahagia dari terseksa mengikut kehendak hati kita. Mencintai seseorang tidak bermakna kita turut akan dicintainya. Mencintainya juga tidak menjamin bahawa kita akan memilikinya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
Convert Enjin Daihatsu YRV
ehem2..sweet..=]
Catat Ulasan