Ini bukan kisah percintaan remaja,
bukan cerita dongengg dulu kala,
ini kisah benar,kisah antara aku dan dia,
kisah aku ditinggalkan begitu sahaja,
dia memilih hidup bahagia ,
bersama anak kami berdua..
Aku sakit,ya sakit sekali,
Alhamdulillah Allah kurniakan ujian itu kepada ku,
sememangnya Allah ingin menguji aku gaya bagaimana,
adakah bisa untuk aku meminta pertolongan dariNya,
atau hanya mampu mengalah begitu sahaja,
Aku redha dengan sakit yang aku ada..
Allah berikan aku sakit yang cukup indah,
diimbangi dengan anak dan isteri yang baik perangainya..
Sekali lagi Allah ingin cuba menguji,
bila aku terpaksa mengadai harta benda,
demi menyambung nafas hidup yang masih ada,
aku masih redha mengagahi diri,
namun cukup berat bagiku ujian itu,
bila ditinggalkan anak dan isteri,
kerana aku akan terus kekal menyusahkan diri.
terima kasih Allah,aku tetap pasrah dengan apa yang kau beri,
semoga anak isteri tetap bahagia,
disamping hidup baru yang telah mereka bina..Amin
***** ******************* ************** ****************** ************* *********
Cukup kesal sekali,bila mendengar cerita pesakit ku ini..berat mata memandang,berat lagi bahu memikul..sedangkan aku yang mendengar luahan pakcik itu merasa sedih lagi,apatah lagi dengan empunya diri yang cukup sayu sekali..
Pakcik,teruskan kehidupan yang masih berbaki..teruskan berjuang untuk terus bernafas, insyaallah orang yang kuat diuji,pasti ada ganjaran yang sedia menanti..semoga pakcik tabah mengharungi hidup yang semakin garang melanda diri..Percayalah pakcik,buat baik dibalas baik,buat jahat pasti ada balasannya...
Pesanan buat si Makcik,kenapa sanggup meninggalkan suami sendiri..hanya kerana dia ada penyakit yang buat mak cik lari bersama anak makcik..sampai hati makcik buat pakcik macam tu..tak pernah terfikir perbuataan makcik ini cuma buat makcik berdosa besar meninggalkan pakcik,membawa anak dan harta dunia..makcik nak lari kemana?larilah ke mana pun,hidup makcik pasti tak bahagia..Makcik sanggup menanggung risiko itu??Fikirkanlah makcik,sempat lagi sementara pakcik masih bernafas dimuka bumi ini..kembalilah disisi pakcik ya...
Sekian..
Kata Achie : Bulat mata ini nak kena ke??hehee
Sila like jika suka entry ini....
22 komen dari budak comel^^:
bulat mata?
ciannye pakcik uh..:(
ish rase sedih je bace dari atas sampai bwah. sob sob.by the way nice entry :) lolz XD
JOM SINGGAH & KOMEN : Apa Itu Wordless Wednesday ?
kesiannya. patutnya dia jaga la suami dia. bertambah2 pahala boleh dapat.
sedang Siti Rahmah isteri Nabi Ayub, kembali kepada suaminya..inikan pulak kita manusia biasa. kesiann pakcik tuhhh.. hmphhhh..klo aku ada suami, xkan aku ksi tinggl suami aku. hahahah *sampai ke situ bermimpi* ^^
ujian dtg bertimpa..mmg boleh buat putus asa kalau tak kuat pergantungan pd-Nya.
*sorry akak tak tau..achie kerja apa..ada pesakit.
doc, MA...
pakcik tu sakit ape achie?
mase suka bole trima, da saket tggl an.. twok !
bulat mata tu sye ke? #mcm x caya. ngeh3.. >_<
<----terharu lompat2.
eh, kalau pakcik saket bagi tau jek, mak cik ada first aid. ngeh3
*first2 sedih baca dari atas, skali ada nama bulat mata, sengih semula. ceh! haha
smoga pkcik tu diberi kekuatan n mkcik tu diberi kesedaran..Amin..
aish tu la.. smpi ati ye dia tinggalkan suami dia yang uzur tu alahaiii
aduh...kesian aku baca cerita pakcik nie... :(
Regards,
-Strider-
hmm..
kerana cinta sudah bertukar menjadi harta
Semua yg berlaku ada hikmah di sebaliknya,..Moga ada sinar bahagia buat Pakcik tu nt..
Tiap apa yg berlaku itu adalah sebabnya..
Kita memang boleh menilai..
Tapi hakikat sebenar itu kita takkan tahu..
Balasan dunia... Moga kurang di akhirat..
alahai..tersentuhnya denya puisi kisah benar di atas..huhuhu
setiap ujian itu sebenarnya adalah satu titik permulaan.. dari situ kita akn sedar dan bangkit untuk meneruskan kehidupan. jgn disesalkan krn ujian itu kelak membuatkan kiota berterima kasih kpd nya
aku ingin cuma katakan, pakcik tu beruntung.. ^_^
wah dah maju blog sekarang. hue hue hue. bulat mata?
pakcik tu sakit apa? sedih....
Sebenarnya sakit itu juga sebuah ujian Allah pada hambanya... Selain kita mendapat pahala, dosa- dosa yang lainnya juga akan gugur disebabkan oleh kesabaran kita dalam menyikapi rasa sakit
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
air balang kenduri kahwin
Catat Ulasan