Assalamualaikum w.b.t . . .
Ini bukan kisah percintaan remaja,
bukan cerita dongengg dulu kala,
ini kisah benar,kisah antara aku dan dia,
kisah aku ditinggalkan begitu sahaja,
dia memilih hidup bahagia ,
bersama anak kami berdua..
Aku sakit,ya sakit sekali,
Alhamdulillah Allah kurniakan ujian itu kepada ku,
sememangnya Allah ingin menguji aku gaya bagaimana,
adakah bisa untuk aku meminta pertolongan dariNya,
atau hanya mampu mengalah begitu sahaja,
Aku redha dengan sakit yang aku ada..
Allah berikan aku sakit yang cukup indah,
diimbangi dengan anak dan isteri yang baik perangainya..
Sekali lagi Allah ingin cuba menguji,
bila aku terpaksa mengadai harta benda,
demi menyambung nafas hidup yang masih ada,
aku masih redha mengagahi diri,
namun cukup berat bagiku ujian itu,
bila ditinggalkan anak dan isteri,
kerana aku akan terus kekal menyusahkan diri.
terima kasih Allah,aku tetap pasrah dengan apa yang kau beri,
semoga anak isteri tetap bahagia,
disamping hidup baru yang telah mereka bina..Amin
***** ******************* ************** ****************** ************* *********
Cukup kesal sekali,bila mendengar cerita pesakit ku ini..berat mata memandang,berat lagi bahu memikul..sedangkan aku yang mendengar luahan pakcik itu merasa sedih lagi,apatah lagi dengan empunya diri yang cukup sayu sekali..
Pakcik,teruskan kehidupan yang masih berbaki..teruskan berjuang untuk terus bernafas, insyaallah orang yang kuat diuji,pasti ada ganjaran yang sedia menanti..semoga pakcik tabah mengharungi hidup yang semakin garang melanda diri..Percayalah pakcik,buat baik dibalas baik,buat jahat pasti ada balasannya...
Pesanan buat si Makcik,kenapa sanggup meninggalkan suami sendiri..hanya kerana dia ada penyakit yang buat mak cik lari bersama anak makcik..sampai hati makcik buat pakcik macam tu..tak pernah terfikir perbuataan makcik ini cuma buat makcik berdosa besar meninggalkan pakcik,membawa anak dan harta dunia..makcik nak lari kemana?larilah ke mana pun,hidup makcik pasti tak bahagia..Makcik sanggup menanggung risiko itu??Fikirkanlah makcik,sempat lagi sementara pakcik masih bernafas dimuka bumi ini..kembalilah disisi pakcik ya...
Sekian..
Kata Achie : Bulat mata ini nak kena ke??hehee
Sila like jika suka entry ini....