Assalamualaikum w.b.t
Hari ini aku cuti,yahoooo lama tak ambil cuti rasa lain macam pula..masa untuk update entry, walaupun terasa malas dihati untuk mengudpdate ni..tapi mengenangkan blog ni semakin lama semakin tenggelam je aku rasa,so update juga la sekejap...kalau rasa entry ini mengarut,abaikan je tau..maaf jika ada yang terasa,hari baik,bulan baik ni tak baik gaduh2 kan?heheee
Korang pernah nampak hantu tak?kalau pernah di mana?rupa dia macam mana?pernah dengar tak hantu makan orang?kalau aku,dulu pernah dengar juga puntianak hisap darah orang, tapi itu orang tua-tua yang kata,betul orang tidak..wallahualam...Tapi yang aku pelik itu kenapa bulan ramadhan yang mulia ini masih ada hantu ea?memang ada hantu,syaitan ke masa puasa ni?bukan semua syaitan dah kena kurung ke?semua pintu neraka dah ditutup rapat2 .. tapi mengapa bila aku baca paper,macam ada je syaitan kat dunia ni,syaitan ke apa ni?
Semakin takut aku kat dunia ini,bukan pada syaitan..Ya,aku pasti benda ghaib macam itu memang ada,dan aku pernah merasainya sendiri..tapi kenapa manusia kini pun dah mula mengikut jejak langkah syaitan,bahkan lagi teruk dari syaitan...Manusia semakin hebat,sudah melampaui batas-batas kemanusian..pernah dengar tak syaitan rogol orang?meliwat orang, tak puas hati lagi sampai nak bakar orang..itu kerja apa?habis yang kes kerat badan mayat sampai 15 bahagian itu apa cerita?aduiiii dunia semakin nak kiamat,tidak boleh tidak tapi realitinya inilah kita semua...Sekian
Aku tak takut dengan syaitan tapi semakin mengelabah dengan manusia bertopengkan syaita..dussshhh
Kata Achie :Semoga kita semua baik-baik sahaja hendaknya..amin3
0 komen dari budak comel^^:
Catat Ulasan