Assalamualaikum...
Kita memang tak adil,
bila senang saja mula diri,lupa asal usul kita,
lupa kita pernah susah satu ketika dahulu,
lupa akan segala-galanya..
Kita manusia sejatikah?
Kita memang tak adil,
bila senang saja cuma inginkan kemewahan,
dah mula lupa pada kesusahan satu ketika dulu,
yang sering membelenggu hidup kita,
Tegarkah kita?
Kita memang tak adil,
selalu saja merasa kita adalah hebat setiap masa,
walhal bila-bila masa saja tuhan boleh tarik semua itu,
walaupun kita angkuh seperti anak raja,
bersiap sediakah kita?
Dan kita memang tak pernah adil,
bila musibah diri mula menimpa kita semula,
mengapa kita baru nak sedar akan realiti hidup ini,
yang takkan berpanjangan indah selamanya,
kerana hidup ibarat roda, hari ini mungkin hari kita,
esok hari siapa??
*KITA MEMANG TAK PERNAH ADIL DENGAN YANG MAHA
KUASA..SEDARKAH KITA??MAAFKAN AKU YA ALLAH,AKU LALAI
DENGAN NIKMAT YANG KAU BERIKAN WALAUPUN AKU SEDAR KADANG KALA NIKMAT ITU CUMA SEMENTARA SAHAJA..
DENGAN NIKMAT YANG KAU BERIKAN WALAUPUN AKU SEDAR KADANG KALA NIKMAT ITU CUMA SEMENTARA SAHAJA..
Sekian..
*Jangan pernah tinggalkan yang sedia ada jika hanya mengejar benda yang tidak pasti..aku akui aku silap..maaf^^
Kata Achie :Entry ini ditulis diluar kotak pemikiran..maafkan aku andai ada yang terluka..
0 komen dari budak comel^^:
Catat Ulasan