Blog Lensa Kamera

Khamis, 26 April 2012

Jangan Pilih Kasih l Gambar I-City Shah Alam

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

Amaran KERAS !!
Entry ini tidak kena mengena langsung dengan entry kat sini..[ LINK ]

Kenapa perlu pilih kasih wahai makcik,
kasih sayang kami tak berbelah bagi,
kami sayang seperti mak sendiri,
tapi kenapa kami cuma layak dibenci??

Kenapa perlu ada pilih kasih wahai pakcik,
kami sedar kita ini sesama jantan,
mesti pakcik geli bila kami dah pegang,
kami tolong ikhlas kerana tuhan..

Menolong orang apa yang kami mampu,
membantu mereka yang masih sudi,
tak meminta balasan balik dari mereka,
cukup tuhan tau niat kami bagaimana..

Aku kesal dengan anda wahai makcik,aku kesal dengan anda wahai pakcik.. pertolongan kami jangan disalah erti,jangan kami dianak tiri..kami semua sama saja,membantu makcik pakcik selagi terdaya,bermain dengan nyawa dah jadi tanggungjawab kami..tapi bukan bermaksud kami hanya layak dimaki,bukan bermaksud kami cuma hanya mampu berdiam diri..tapi kami sabar selagi mampu bersabar..makcik pakcik kena sedar akan hakikat itu..Mentang-mentang kami cuma kerja kilang,macam ini kami diabaikan.Sekian~

#Makcik pakcik,kami merajuk 44 hari baru padan muka.hehee senyum selagi mampu^.^
#Tak baik mengampu,bekerja mengikut kemampuan diri.
#Pesanan khas buat kawan karib aku, Siti Syakirah..macam mana aku nak tinggalkan jejak kat blog kamu..sila bertoleransi sikit,jangan sampai aku gigit..

#Sewaktu di I-city dulu..ermm rindu kenangan itu.

Untuk gambar lebih lanjut,sila klik link dibawah..terima kasih !!


Kata Achie :Sila jangan muntah 44 hari lihat wajah aku..tolong~


Terima kasih Tuhan diatas kehidupan yang engkau berikan..Aku cinta Allah~
Selasa, 24 April 2012

Belajar Untuk Memaafkan l Gambar Street Photography 2.0

Assalamualaikum w.b.t. . . .

Belajar untuk memaafkan,
walaupun hati pernah disakitkan,
walaupun diri pernah diseksakan,
walaupun jiwa rasa tak pernah tenang.
Tuhan kan ada setiap masa..

Belajar untuk memaafkan,
walaupun mereka dah buat bermacam-macam.
walaupun kau terasa kau telah dihampakan.
walaupun kau jatuh dengan disengajakan,
Tuhan kan ada bersama kita..

Belajar untuk memaafkan,
walaupun kau jauh kerana mereka,
walaupun kau sendirian merana dijiwa.
walaupun kau hina dimata mereka,
Dimata Tuhan kau cukup istimewa..
Ingat itu !!!

Hati sakit sekali mengenang bila kau disakitkan,hati merasa cukup derita bila terasa kau dirundung duka..tak mampu  berkata apa-apa kerana derita itu cuma kau rasa..bukan dia,bukan juga mereka..sabar ya hati ,ujian itu begitu kecil sekali berbanding nikmat kau perolehi bila  kau tempuhi dengan kesabaran..sabar separuh dari iman.belajar untuk memaafkan walaupun kau merasakan mereka tidak berhak untuk dimaafkan..sabar ya hati walaupun diri kau dizalimi tanpa kau relakan,percayalah tuhan sentiasa bersama orang yang dizalimi.. sebaiknya belajar untuk memaafkan agar hidup kau tenang sentiasa 
hendaknya..Amin3

*******************

#Sahabat,entry yang aku hasilkan tak semestinya merujuk kepada diri aku sendiri,mungkin juga hasil yang aku dapatkan dari pandangan persekitaran.terima kasih^.^
#Tak baik memainkan perasaan orang lain walaupun kau tak bermaksud sedemikian..
#Blogger,jom lepak kat wangsa walk ahad ni 29.04.2012 kat Wangsa Walk jam 11 pagi sampai  3 petang bersama group Blogger Area.Jom disana^.^ cancel nak shoot potrait,gara2 excited nak jumpa blogger^.^
#Jangan merasa kehilangan sesuatu kerana kau mesti tahu jika dia hak milik kau pasti akan kembali suatu hari nanti..

#Cerita lama semasa outing street hari itu..

Untuk gambar lebih lanjut,sila klik link dibawah..Terima kasih^.^


Kata Achie :Allah terlalu baik dengan kita namun kita tegar menzalimi diri kita sendiri..pelik !!


Terima kasih Tuhan atas kehidupan yang engkau berikan..Aku Cinta Allah ~

Isnin, 23 April 2012

Bila Kita Rasa l Macro Shoot

Assalamualaikum w.b.t . . . . .

Bila kita rasa kita cukup baik,kita rasa kita cukup sempurna,kita rasa kita layak menjadi yang terbaik walaupun sebenarnya kita tak baik mana pun..kita ingat bila kita sudah buat benda baik sekecil kuman ,kita rasa kita dah buat baik sebesar tapak tangan..padahal kita tidak pernah sedar akan kealpaan diri..kita tidak pernah rasa itu!!

Bila kita rasa cukup kaya,kita merasa kita senang dengan kemewahan..kita merasa dengan kemewahan itu bisa membuat kita megah di atas sana,menghina mereka yang lebih rendah dari kita..kita lupa kekayaan itu asalnya dari mana,yang kita tahu bahawa itu semua usaha gigih kita tanpa melihat akan kekuasaan Allah yang tidak inginkan kita menjadi lupa diri..kita tidak pernah ingat itu !!

Bila kita rasa kita cukup sempurna,miliki tubuh badan yang cukup cantik atau perkasa,kita dah angkuh dengan paras rupa kita yang tak cantik mana pun jika tanpa kehendakNya..yang kita tahu,kita punya paras rupa yang membuatkan ramai mata-mata memandang dengan hasad dengki walhal wajah  kita pasti  akan berkedut juga bila tiba masanya..kita tidak pernah fikir itu semua!!

Kita tidak pernah fikir akan kemurkaan Allah s.w.t selepas apa apa yang kita buat kepadaNya...Kita tidak pernah ambil tahu pasal itu..Tidak Pernah!!!

**************************

#Balik dari tempat kerja perasan kereta kena saman lagi..terima kasih atas kesabaran ~
#Apa gunanya hidup mewah jika hidup selalu tak tenang mana pun..
#Semoga setiap yang berlaku ada hikmahnya...amin3


#Macro shoot..Lama tak main macro2 ni,teringin tapi masa tiada..

Untuk gambar lebih lanjut,sila klik link dibawah..terima kasih!!


Kata Achie  :Lebih baik hidup keseorangan jika hidup berdua cuma merosakkan badan..
terima kasih tuhan~



Terima kasih tuhan atas kehidupan yang kau berikan..Aku sayang Allah~
Ahad, 22 April 2012

Peluang Cuma Sekali l Melaka Bandar Bersejarah 2.0

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

Peluang cuma sekali,
masa menjauh bukan main gersang,
bila dah mula mendatang,
boleh buat muka tak hairan..

Peluang cuma sekali,
kena pandai rebut peluang,
jangan cuba menjadi syaitan,
dah senang lupa daratan..

Peluang cuma sekali,
hari ini kau mendapatkan,
esok lusa mungkin tiada lagi,
hargailah ia sebelum menghilang..kan??
Sekian~

Peluang!rebut peluang jika ada jalan didepan.tak perlu merasa was-was lagi jika ia memang kita inginkan sejak dulu lagi..mungkin ada peluang lain lagi yang bisa mendatang,ataupun mungkin juga peluang cuma sekali dalam seumur hidup..ada mulut cakap,ada telinga dengar, ada kaki jalan, ada otak pandai-pandailah fikir ye..Adiooss~

*********************

#Selamat Hari Lahir Buat Sahabat Blogger Kita, Istiqomah ..dah makin dewasa ni..pandai2lah fikir baik buruknya ya,jangan menyesal dikemudian hari tau^.^
#Esok ada event street fotografi kat pudu,jomm^^
#Moga setiap keputusan yang dibuat mendapat redha dari Allah..Amin3

#Saya Achie..Gemuk kan??hahaaa

untuk gambar lagi lanjut,klik link kat bawah ini..terima kasih~


Kata Achie :Semoga esok menjadi hari yang baik dari hari ini..amin3


Terima kasih Allah atas kehidupan yang kau berikan..Aku Sayang Allah~
Jumaat, 20 April 2012

Manusia Sudah Menjadi Buas l Kaki Motong Dot Com

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

Manusia sudah menjadi buas,
menjadi kejam asalnya lembut,
menjadi angkuh asalnya mulia,
menjadi syaitan asalnya biasa..

Manusia sudah menjadi buas,
dulu tunduk takutkan tuhan,
kini laju mengikut syaitan,
dulu patuh pada suruhan,
kini ganas menambah kezaliman,

Manusia sudah menjadi buas,
tolong ingatkan apa yang kau kecundang,
tolong patuh apa yang perlu kau kerjakan,
tolong mereka apa yang kau mampu lakukan.
tolong diri sendiri kalau kau takut tuhan..
TOLONG~

                                        ********************************

#Si L yang manja,lembut tapi sebenarnya garang..

Membaca kisah di Kaki Motong,membuatkan hati ku panas membahang.. perlakuan gila membinasakan binatang hanyalah kerja orang yang cukup kurang akal..malah tidak layak mereka tinggal dimuka bumi ini jika hanya berlaku kejam terhadap binatang.. hanya kerana perkara kecil,sanggup menghukum binatang sebegitu keji..manusia kini semakin kejam,dah besar sikit mula gila tak tentu pasal..cuba bayangkan bila kau sendiri yang menjadi mangsa.. apa kau rasa?OREN?? Sekian!!

#Tabik spring dengan pencinta haiwan..kamu memang terbaiklah ^.^
#Setiap dosa yang kau buat kat dunia ini,diakhirat nanti diberi perhitungan..kau mahu??
#Tak tahu nak buat pilihan,sama ada nak ke gath. blogger area ataupun event fotografi..grrrr

#Gambar ini sebenarnya diambil masa photoshoot potrait kat muzium tudm..
aku malas nak shoot potrait sampai shoot daun je,tapi tengok jela hasilnya..link kat bawah tau..jom~


Kata Achie :Hidup jangan takut untuk dikecewakan ...



Terima kasih Allah atas kehidupan yang kau berikan...



Khamis, 19 April 2012

Maafkan Aku Sahabat

Assalamualakum w.b.t. .  . . 

Dalam tak sedar,kita sudah melakukan kesilapan..
dalam tak sengaja,ada hati yang disakitkan..
dalam tak rasa,diri kita dah menjadi kejam..
dalam kealpaan,membuatkan kita makin jauh dari tuhan..
dalam tak ambil tahu,kita dah mula hilang akal...
kita memang dah tak SEDAR !

Sahabat,
maafkan diri kami yang melukai,
maafkan kami yang telah bertindak kejam,
maafkan kami yang membuat kamu ditindaskan,
maafkan kami walaupun bukan niat disengajakan,
maafkan kami kerana kami cuma insan biasa..
Maafkanlah kami wahai sahabat~


              ****************************

Tak salah meminta maaf walaupun tak punya kesalahan..mungkin juga ada salah yang tak disengaja,mungkin juga ada kesalahan bagi diri mereka walaupun kita merasakan ia adalah benar,kita ini siapa..cuma manusia biasa yang menumpang dibumi tuhan..tinggal cuma sementara,esok lusa pasti akan meninggalkan..apapun ada kesalahan tak kira pada sahabat,pasangan ataupun ahli keluarga..tak salah rasanya kita merendah diri meminta kemaafan..takut esok lusa kita sudah hilang tanpa kita mula sedar..hidup cuma sekali, mati itu pasti..kan?? Selamat malam sahabat Alam maya Achie..Aku sayang kamu ketat2.. jumpa lagi~

#Masa nak pergi kerja tadi,handphone jatuh ke dalam longkang..dah bukan rezeki ,tapi handphone itu punya kenangan..nasib baik ada handphone sementara..terima kasih tuhan~ itu kenikmatan dalam kehidupan..
#Berkatalah jujur sejujurnya walaupun kebenaran itu cuma menyakitkan.lagi enak sakit sekarang dari sakit dikemudian..
#Semoga kita hidup dalam keberkatan sentiasa..amin3 

#Gambar diambil dari FB Hilman Sanuddin..

Kata Achie :Jangan ada pernah sakit hati tau...


Terima kasih Allah atas kehidupan yang kau berikan..Aku sayang Allah~


Rabu, 18 April 2012

Budak Baik

Assalamualaikum w.b.t. . . 

Aku teringin ingin menjadi budak terbaik dari pada yang baik-baik walaupun aku sedar aku bukan budak yang baik belaka.. bukan sekadar baik pada kata-kata,tapi baik lahir dari hati yang tulus..jujur aku katakan aku berusaha sebaik mungkin mencari mereka yang baik-baik untuk dijadikan sahabat kehidupan namun aku lupa yang aku tak mampu menjadi sebahagian dari sahabat yang baik itu..Apapun yang baik itu dari dari Allah swt dan yang buruk itu datangnya dari aku,yakni hambanya yang punyai pelbagai sifat yang kurang baik..Maafkan aku Ya Allah~ Korang baik ke??

#Mood rajin,sila kembali padaku..
#Zaman dah berubah,makanya penulisan aku pasti berubah2 mengikut keadaan dan akal fikiran yang kian berentakkan..
#Kutuklah,sindirlah..apapun yang terjadi hanya Allah yang tahu niat kita bagaimana..

#Aku kurang gemar bila event potrait dibuat..landskap jom!!

Klik link dibawah jom~

Kata Achie :Diusia ini,aku jumpa orang pelbagai rupa dan ragam..


Terima kasih Allah atas kehidupan yang kau berikan..Aku sayang Allah~
Khamis, 12 April 2012

Kenapa Bukan Rezeki Kita l Gambar Danboard

Assalamualaikum w.b.t. . . . . 

kalau bukan rezeki,
melalak melolong tiada siapa yang akan tolong,
menangis berdarah pun tak berguna juga,
walaupun itu adalah impian yang tercipta..

Kalau bukan rezeki,
usaha tinggi manapun kita mencuba,
ke langit biru nun jauh disana kita redah,
kalau bukan milik kita memang tiada gunanya..'

Kalau bukan rezeki,
mencuba terus mencuba sampai berjaya,
kenapa perlu cepat sangat mengalah,
mungkin itu bukan rezeki kita,
tapi jangan lupa pasti ada yang lebih baik menanti disana..

                                                     ***************************

Usaha dah lebih,peluh dah lama menitis..aku masih terus berdiri dan menanti.. lenguh badan ini tak perlu nak diperkata lagi,sakit mata ini cuma aku dan tuhan saja yang tahu..menunggu bersama mereka-mereka yang ingin juga terasa mengena,ingin mendapat rezeki yang diberi oleh tuhan yang mencipta manusia..

masa berlalu begitu lambat lagi ku rasa,detik dan detik ku tunggu untuk menunggu giliran aku untuk dicuba dan dirasa..aku ingin merasa nikmat itu,nikmat setelah menunggu sebegitu lama,dari pagi sampai ke petang..aku perlukan balasan yang setimpal atas masa yang begitu banyak ku korbankan..namun aku silap satu perkara,usaha tinggi mana pun aku kerjakan, peluh banyak mana pun aku tumpahkan,kalau tuhan kata tidak,maka tidaklah jawapnya.. dan detik ini,aku sedar itu..aku SEDAR DIRI kan?Sekian~

#Masa interview bukan main lama masa berlalu,dari jam9 pagi sampai ke 5 petang tak lama kan??sabar je la~
#Rajinkan diri,buang malas jauh2..uwekkkk
#Aku berkata pada apa yang aku rasa..kau pula rasa apa?jangan OREN sudah~

#Karya My Bff [ Wan]..aku malas nak edit..haha layan saja,untuk lebih lanjut,klik link dibawah..Terima kasih~



Kata Achie : Sakit mata guna contact lens..adehhhh


Sila lika jika suka entry ini..Sarang hae yo~
Isnin, 9 April 2012

Ini Bumi Tuhan l Sungei Palas Tea Centre

Assalamualaikum w.b.t. . . . 

Ini bumi tuhan,
kenapa kau sombong mendabik dada,
kenapa kau angkuh tak ingat kau siapa,
kenapa kau gila mengata kau terhebat didunia,
kenapa kau tegar menindas mereka,
kau memang sudah lupa diri.lupa segala!!

Ini bumi tuhan.
ingat kau akan pergi juga suatu ketika,
kau akan ditanam lima/tujuh kaki dalamnya,
kau akan terima balasannya kelak disana ,
kau merana kau sendiri yang rasa,
kau nak itu semua?
kau fikirlah sebaiknya~

                                                       *************************

Wahai manusia,kau sudah menjadi gila..baru pakai emas keliling pinggang,kau dah tinggi melawan tuhan..kau ingat kau siapa?wahai manusia,sedarkan diri sebelum terlena..terlena jauh buruk padahnya..kau sendiri juga yang akan  menanggung akibatnya..apa kau nak rasa? orenkah?

Aku hairan melihat mereka yang baru punya kesenangan sedikit sudah megah tak kenal diri, baru naik sedikit dah angkuh menindas mereka yang lemah..jangan lupa kau berpijak dimana, bumi ini adalah sebahagian dari ciptaan tuhan..bila2 masa kau akan diambil tuhan. sesal dahulu jadikan iktibar,sesal kemudian kau sendiri yang rasa..jangan lupa fakta itu ya.. Sekian~

#Entry sekadar luahan,kenapa perlu kau nak terasa wahai manusia?
#Doakan aku sahabat,12 April ada temuduga..semoga aku punya rezeki disana nanti..amin3
#aku hidup dalam keserabutan,jadi sudah PASTI keserabutan itu milik aku~

#Sungei Palas tea centre,untuk gambar lebih,sila  klik link kat bawah..Terima kasih^.^


Kata Achie :Semakin lama entry aku semakin banyak merapu...adehhh


Like entry ini seikhlas hati...Sarang hae yo~

Jumaat, 6 April 2012

Bergurau Pun Biar Bertempat l Cameron Highland

Assalamualaikum w.b.t. . . 

Bergurau berpada-pada,biar kena pada waktu dan juga caranya..bergurau tanpa menghiraukan perasaan orang lain hanya membuat dirimu dalam bahaya..bukan semua orang boleh menerima gurauan kita bagaimana rupa,bukan semua orang boleh menerima lawak bodoh seperti sampah kita yang asalnya mungkin hanya ingin membuat mereka tersenyum dengan lawak jenaka ciptaan badut seperti kita..ciptaan manusia,kekal sampai bila kan?

Aku dah serabut,otak dah rasa macam nak tercabut..aku jatuh dan jatuh lagi,aku cuba bangun namun tak berdaya..hanya aku tahu apa rasanya sakit,hanya aku yang alami kesakitan itu. lantaran begitu aku cuba untuk membuat mereka tersenyum riang walaupun hati aku tak pernah rasa tenteram..aku hipokrit?mungkin juga.aku kalah dalam perlumbaan,aku tewas walaupun aku belum masih punya peluang...aku dah hilang akal bukan?

Pendek kata,senang cakap bagus aku layan perasaan dari layan orang yang tak faham aku hadir hanya untuk membuat mereka tersenyum walaupun hati aku tak punya perasaan riang lagi.. diam lebih baik bukan?

***********************

#Sakit badan tak cukup rehat boleh diatasi berbanding sakit otak yang tak pernah hilang2..
#Aku hadir tika aku diperlukan sahabat,aku menghilang jika merasa tidak diinginkan..
#Menunggu dan terus menunggu..sampai bila?sampai aku tak punya sebarang alasan untuk menunggu lagi..


#Gambar tumbuhan semasa berada di Cameron Highland..nak tengok yang lain,klik link kat bawah..terima kasih^.^


Kata Achie :Apa sengal sangat aku suka bermain dengan mood.grrrrr


Sarang hae yo ***** ****** ^.^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger