Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan
Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai ~
:psstt :entry panjang,tak perlu rasanya korang nak buang masa..selamat malam
Mendengar lagu hijjaz bertajuk lukisan alam ini mengingatkan aku tentang kisah hidupku..kisah bermulanya aku sejak 24 tahun yang lalu,kisah aku dilahirkan oleh seorang ibu yang begitu mulia disamping dengan suaminya yang tercinta..sebenarnya aku kurang gemar bercerita tentang hidupku,apatah lagi membabitkan kisah lalu yang ku rasa sebagai privasi buat diri ini..namun aku juga punya perasaan,kekadang perlu tempat untuk meluahkan..
tak sedar,sekelip mata aku dah membesar sebegini lupa,dulu sewaktu kecil aku kerap bergaduh dengan adikku,aku selalu berebut barang permainan yang ku rasa adalah milikku yang mutlak.. Tapi kini aku sayang adikku,mengusik adikku bererti kau mengacau diriku..pernah sekali sewaktu adik belajar diPoliteknik Shah Alam,ada orang yang membuli adikku tanpa bersebab..dan bila aku mengetahui perkara tersebut,tanpa berlengah aku berkejar dari gombak ke shah alam dengan hati kepanasan.dalam benak fikiranku memang hancur berderai muka budak itu aku kerjakan..Alhamdulillah,nasib baik aku masih berfikir secara waras,kata syaitan tidak juga aku turutkan.cuma kata berunsur amaran aku sampaikan,agar benda sebegini tidak berlaku lagi..budak itu pun dah mengaku kesalahan dan berjanji tidak akan melakukan lagi dimasa akan datang..lihat betapa aku sayang adikku,sampai kekadang orang mengusik adikku dengan jenaka pun ku pandang semacam..Apalah nak jadi dengan aku ni..ermmmm
boleh tak aku meluahkan apa yang sedang ku rasa,boleh tak aku melepaskan semua tekanan yang menghimpit disenak pemikiran..aku dah bosan,aku dah mula tekanan..aku dah hilang tumpuan..pendek kata kini aku dah mula dalam paras kurang siuman.adakah??semoga hanya yang baik-baik sahaja menimpa diriku walaupun aku bukan yang layak menerima benda baik semata..izinkan aku berkata dengan tenang kali ini,aku bukan minta simpati .aku cuma ingin merasakan ketenangan yang mula beransur hilang dalam diriku..yang mula menjauhi tidak inginkan diriku lagi .malang nasib ku..
.Aku merantau dengan misi mencari ilmu sejak enam tahun yang lalu..dan kini aku dah bekerja disini..aku dah kenal bermacam orang,semestinya pelbagai ragam aku kena layan..aku berjumpa dengan sidia sejak enam tahun yang lalu juga..aku mula mengenal apakah itu erti cinta..jujur aku mengaku bukan dia cinta pertama,sebelum ini mungkin ada lagi..namun itu adalah kisah silam,kisah cinta monyet yang tidak boleh aku praktikkan..aku cuma nak kata ,memang YA aku cinta dia dan hatiku tiada lagi buat siapa..namun sampai saat ini,detik ini..kau masih tidak percaya dan anggap aku sebagai lelaki yang tidak berguna...
enam tahun aku mengenal cinta,enam tahun aku mula untuk menyayangi dirimu..enam tahun juga aku hidup susah dan senang bersamamu..enam tahun tu bukannya sekejap,bukan enam hari,bukan enam jam bukan enam saat..tapi enam tahun..kini setelah enam tahun berlalu kau dah mula lupa semua ini..kau dah mula menikam belakangku,aku sedar aku siapa..aku kenal dirimu siapa.tidak mengapa kalau benar kau begitu..aku lepaskan juga walaupun berat untuk aku lepaskan..aku sedar aku bukan siapa-siapa,bukan ada nilai walau setitik buat dirimu kini..pergilah kamu kemana juga,janji dirimu kekal bahagia..walau derita itu aku yang merasa..Sekian..
#Adikku baru saja bertolak ke kampung untuk bercuti tanpa berjumpa diriku..lupa abang ke bro?
#Aku sayang kamu walaupun kini kau tak sayang aku..
#Hidup memang tidak selalunya cerah,jadi jangan suka tersenyum gembira semata tanpa ada wujud perasaan waspada..
#Enam tahun juga aku tidak berjumpa mama,enam tahun juga aku mula lari dari kenyataan yang tidak boleh disangkalkan..hanya tuhan yang tahu perasaan ini..
#tidak semestinya bila aku senyum gembira, aku dalam keadaan yang suka,mungkin juga dalam otakku wujud keserabutan yang menjela-jela..
Kata Achie :Tak sangka enam tahun juga aku membuang masa..
Merapu?tak perlu nak like..arigato ~