Blog Lensa Kamera

Rabu, 30 November 2011

Michelin XM2 - BE Sekali Lagi

Assalamualaikum w.b.t . . .



Gara-gara entry kat SINI,
aku mc hari ini,
bukan mc kerana sakit,
bukan juga mc kerana awek hot tu,
tapi kerana aku malas nak kerja,
kerja pun nak kena amik mood kan?
macam mana nak kerja kalau mood kerja tu takde,
aku kerja jumpa dengan pesakit,
kalau aku leka seketika,pesakit yang menjadi mangsa,
aku tak nak itu,jadi aku terpaksa mengambil Mc.
logik kan alasan aku itu?? # macam tak logik je ni..hehehee


***************         ****************      ****************

Syukur lepas entry aku last kat SINI,
Nuffnang masih memberi aku peluang merasa BE,
BE kali ini datangnya dari Michelin XM2,
Terima kasih Nuffnang,terima kasih Michelin,
kalau ada tambahlah lagi.hehee Rezeki aku kot..kan3??




Kata Achie :Lepas ni aku nak guna tayar Michelin la.heheee


Sila like jika suka entry ini . . . . .
Selasa, 29 November 2011

Awek Panas Buat Aku Tak Tahan

Assalamualaikum w.b.t . . .


Peeewittt,
mak oii cun gila awek ni,kalau dapat mesti best,
macam mana nak contact ye..ermm segan nak minta nombor telefon..
macam mana ni,aku tengok pun dah tak tahan dah.
tengok dari belakang pun dah tahu,dari depan mesti lagi seksikan??
siapa tengok mesti cair punya,tak kira nak kenal juga..nak juga

Hai awak,boleh berkenalan?

berkenalan?opah kau..aku ni sebaya mak kaulah..

opssss,maaf makcik.. byeee [ #tengok dari belakang macam awek muda,tengok depan mak oiii ]


*AMARAN KERAS : Perbualan diatas ada rekaan semata-mata

Makin mantap dunia sekarang ni,makin geliga kita zaman ini,
makin bergaya fesyen masa kini,makin berbogel seurat badan kita jadinya,
yang muda tu memang muda,tak payah nak cakap..yala jiwa muda,hati panas.
kalau tegur alamat ada yang lari dari rumah ikut jantan,
ada pula lempang kita kata tak payah nak kecoh,
ada juga yang buat muka rasa tak bersalah.
TAPI yang TUA tu macam mana??
tak sedar-sedar lagi ke dari lena,
rumah dah kata pergi,kubur dah kata mari SINI..
tak tahu ajal bila sampai,takut tak sempat nak taubat tau..SEKIAN

*Lelaki memang nakal,tapi kalau perempuan dah macam tu,siapa yang boleh tahan??


Kata Achie :Sakit mata tengok sampai besok nak kena MC..heheheee


Sila like jika suka entry ini.jangan marah-marah..hehee




Andainya Kita Menjadi Mereka

Assalamualaikum w.b.t . . 

termenung sejenak mengenang nasib mereka,
tak tertahan hati melihat kepayahan mereka,
susah senang mereka hidup gembira,
macam kita hidup senang hati yang susah,

mereka bersusah mencari sesuap nasi,
kita pula senang saja membuang rezeki,
mereka menahan lapar mengikat perut,
kita siap lena mengulit mimpi.

mereka menangis didalam hati,
mengenang nasib yang sungguh sadis,
kita ketawa terbahak-bahak,
gembira sakan tak ingat tuhan.

Ya Allah kuatkan iman mereka,
Ya Allah tabahkan hati mereka,
Ya Allah semoga kita sering bersyukur,
Ya Allah semoga kita rajin bersedekah..Amin3

Kenapa perlu membazir?membeli makanan tak ingat tuhan,tak habis makan,buang ke tong sampah..tak reti nak bersyukur,insan yang malang sungguh kasihan,mereka makan walaupun sebutir nasi,kita pula megah tak terkata..mengata dunia ini kita yang punya,aku tak kata kalian,tapi ini peringatan buat diri ku,semoga aku sering tidak lupa,semoga aku sering bersyukur,semoga aku tidak lupa pada mereka,semoga aku bisa memberi sedekah,semoga aku tidak lalai sentiasa,Semoga aku tidak lupa padaNya..Amin3

Sekian..




Kata Achie :Bila bersendirian mesti banyak bermain dianak fikiran..ermmmm



Sila Like jika suka entry ini...







Isnin, 28 November 2011

Ganyanglah Harimau Malaya Kalau Berani

Assalamualaikum w.b.t . . . .

"Mamat ni kalau wa sepak sekejap lagi ,habis ni..
wa tak puas hati time gol tadi sibuk benar dia sorak ,
support tu biar betul,jangan sekejap sokong sekejap tara,
wa cakap sama lu,wa jumpa lu wa pancung "
hahaaa



Kalah menang adat perlawanan,kalau asyik menang pun susah juga,
takut sifat riak tu menebal kat diri..kalau kalah usahakan lagi,
bila dah jatuh mesti ada semangat nak bangkit lagi..
apapun Harimau Malaya tetap dihati^^
jangan mudah gelabah ya...
buat kamu kamu dan kamu,tak kisah nak bagi pendapat sendiri,
tapi tak perlu sampai nak makidan aibkan orang,
kalau rasa diri tu hebat sangat,apa kat main untuk harimau Malaya,
ada berani?? Sekian

**Wa kesal dengan blogger ni,suka suki nak ganyang Harimau Malaya..blogger mana??
Blogger kat SINI
hehehee

*Blogger mesti ramai yang pergi SNBJ kan??
#Sedih 


Kata Achie :Tak payah kutuk Fakri Saarani lagi,dia tak main pun kalah juga kan??


Sila like jika suka entry ini
Sabtu, 26 November 2011

Blogger Pilih Kasih

Assalamualaikum w.b.t . . . .

Kesal gua, lu memang tak patut buat wa macam ni,
wa sedar wa ni siapa,wa baru je kat sini..
kenapa layan wa macam ini,wa pun manusia ma,
bukan tunggul ,bahkan bukan juga binatang,
wa pun ada juga perasaan,kenapa lu kejam sangat?

mentang wa takde muka,takde apa-apa,
senang saja lu jadikan wa macam sampah,
mentang2 wa ni takde paras rupa menarik,
senang saja lu angkat kaki blah tinggalkan wa.
wa memang kesal sekali..

lu tak patut buat wa macam ini,
wa dah anggap lu serupa wa punya adik,
wa dah anggap lu serupa wa punya kakak,
wa dah anggap lu serupa wa punya abang,
wa dah anggap lu serupa wa punya family.
tapi lu suma anggap wa sebagai sampah??

Sekali lagi aku katakan,apa yang aku sampaikan,tidak semestinya merujuk pada diri aku..aku cuma perantaraan semata-mata,kadang kala tidak kena mengena langsung,baca betul2 sebelum nak jatuhkan komen,nanti diri mu jatuh air muka sendiri..bukan baca sepatah,tapi komen membabi buta..ingat jangan lari dari apa yang hendak aku sampaikan..opsss abaikan !!!!!

Kenapa blogger suka pilih kasih,bukan aku kata semua blogger.tapi ada sebilangannya sebegitu rupa,mentang2 blogger si A ni kacak / lawa,mula yang lain datang memikat,mula yang lain datang bertandang..tapi bila blogger si B ini pula yang kurang kacak / lawa,jangan harap dia nak datang,jangan harap dia nak layan..buang masa dan cuma buang tenaga..setiap blogger adalah manusia,tak perlu nak pilih kasih..patutnya kita saling bantu yang lain,bukan duduk gelak tak sedar diri..tak ingat ke yang dia pun dulu bloggger baru..takkan dah LUPA kot???? Sekian^^


*Mentang2 muka aku kat atas ni kurang comel..kau ??? $%^%$#%$#%$


Kata Achie :Nak tergelak pun ada der..heheeeee


Sila like jika suka entry ini...


Update Hadiah Contest Blogger Idol

Assalamualaikum w.b.t . . . .

Asyik tangguh2 je nak update pasal hadiah bagi contest Blogger Idol tu,dah ada tanya hadiah perfume apa kan?maaflah,bz sangat sampai nak beli hadiah tu pun takde masa..maaf sekali lagi.malas nak banyak cakap,layan je hadiah yang termampu disediakan^^

1.Hadiah Tempat PERTAMA 

  *Vanilla Soft Musk 50ml Bernilai RM39

+

*Sweet Honesty 9ml bernilai RM 15


******************************


2.Hadiah tempat KEDUA

*Wish Of Luck EDT 50ml bernilai RM 49


******************************


3.Hadiah tempat KETIGA

*Sweet Honesty Spray 50ml bernilai RM 29


******************************


4.Hadiah tempat KEEMPAT

*Butterfly Spray 30ml bernilai RM 29


******************************


5.Hadiah tempat KELIMA

 *Wild Country Spray 50ml bernilai RM 19.50


  ******************************


Tempat KE 6 Hingga Ke 10

*Top up bernilai RM 10 untuk seorang..



******************************

Ermm..amacam??maaf,hadiah yang diberi biasa2 je ni...gambar perfume kat atas
semua ambil dari pakcik gugel..heheee gambar kat bawah baru real punya^^


*Aku beli perfume banyak ini,yang lain ingat nak bagi kawan..heheeeee


Kata Achie : Tak sabar nak tengok game Malaysia vs Bahrain



Sila like jika suka entry ini . . . . 

Jumaat, 25 November 2011

Orang Negeri Dia Semua Macam Setan

Assalamualaikum w.b.t . . .

Aku memang tak faham la mereka2 ni,
asal dari negeri Tuuuuutttt je mesti semua perangai macam syaitan,
lain negeri takde,negeri mereka je macam tu..
kejutan budaya nampak?
memang semua duk perhati,memang semua duk kata,
memang mereka ingin merasa,bila kaki kena di muka..
perangai macam setan,ada mereka kisah..
ada dengan pengotor tak tahan tu,ada kisah mencuri dalam diam,
ada kes dadah durjana maruah tergadai,ada seribu cara mereka.
bah kata orang.MACAM- MACAM ADA..

Maaf,diatas tu bukan apa yang ku rasa,cuma apa yang ingin ku sampaikan..kenapa ada
antara kita,memang suka duduk mengata sesuatu bangsa..sebagai contoh,ada ramai yang ku 
jumpa suka sangat mengata, argh,kalau dorang memang macam tu..negeri mereka memang teruk,asal keluaran dorang je tak payah cakap..dari atas sampai bawah,semua macam sampah..semua memang tak guna,semua cuma membuat onar semata-mata..

Kalau dah jahat tu tak semestinya ikut negeri,negeri itu buat maksiat,negeri ini buat kebajikan..negeri itu kuat mengumpat,negeri ini semua baik2 belaka..kalau dah niat jahat tu,jahatlah juga..tak kira asal dari mana...tak kira agama apa,tak kira umur berapa,tak kira warna kulit mereka..tu kena tanya pada nafsu,nak buat cara mana kreatifnya kejahatan kita..Sekian^^

*Baca sejemput tapi hentam bertubi2..adehhhh

*Insyallah esok aku nak update hadiah contest tu,maaf bz sikit ni,kalau masih berminat,sila join contest ni... LINK

*Jom beli tiket game Malaysia VS Bahrain..boleh dating2 kan??^^

*Mengidam nak ke Pulau Sipadan..


Kata Achie :Jangan berani menghina negeri ku..grrrrrrrr


Sila like jika suka entry ini....




Susah Senang Kita Bersama

Assalamualaikum w.b.t . . . 

Aku faham apa yang hendak kau sampai,aku mengerti dan aku sedari itu..katamu cukup indah,
katamu cukup bermadah..aku bisa menjadi yang itu,menjadi yang satu..demi kamu,demi kamu yang aku sayang..demi kamu yang aku cintai..demi kamu sayang..percayalah aku,pimpinlah aku ke jalan yang benar,bukan jalan yang berliku penuh onak duri yang sukar untuk ku tempuh..

kamu,mengertikah kamu isi hati ku,mengerti kamu apa yang ku mahu..aku bukan seperti yang lain,mencintai mu kerana harta,mencinta mu kerana rupa.tapi aku cinta padamu kerana isi hatimu yang lurus sekali,yang bercahaya bila ku dekati..yang bisa buat ku lebur,tak harus ku menahan kebaikan mu itu...aku perlu itu,aku cuma mahu itu..tiada yang lain..

Aku biasa menanggung susah,aku derita hanya aku yang rasa,,aku tahu dunia ini,aku faham orang di masa kini,aku tak perlukan mereka yang cuma mengambil kesempatan atas peluang yang ku berikan..aku faham apa yang mereka ingin,aku mengerti apa ketamakan dihati mereka..aku faham itu semua..aku perlu mereka yang sudi menjaga aku,bukan yang cuma bisa menghina aku..aku perlu mereka yang bisa hidup susah senang bersama aku,bukan mereka yang cuma ambil kesempatan atas kesempitan hidup kala ini..Aku tak perlu mereka yang sebegitu,agar bisa mendidik aku yang rosak sedia kala ini..Sekian^^

*Entry merepek di kala malam hari..hehee

*Buat novel dah separuh jalan,perlukah untuk ku teruskan?ermmmm

*tahniah buat sahabat ku yang telah menghasilkan buku sebegitu rupa..LINK

* Kontrol histeria ini pun cun cover dia.heeeeheee

Kata Achie :Mood nak malas berupdate kembali lagi..grrrrrrrrrrr


Sila like jika suka entry ini. . . .




Khamis, 24 November 2011

Sabar Ya Hati Bila Kamu DiTinggalkan

Assalamualaikum w.b.t . . .  

Ini bukan kisah percintaan remaja,
bukan cerita dongengg dulu kala,
ini kisah benar,kisah antara aku dan dia,
kisah aku ditinggalkan begitu sahaja,
dia memilih hidup bahagia ,
bersama anak kami berdua..

Aku sakit,ya sakit sekali,
Alhamdulillah Allah kurniakan ujian itu kepada ku,
sememangnya Allah ingin menguji aku gaya bagaimana,
adakah bisa untuk aku meminta pertolongan dariNya,
atau hanya mampu mengalah begitu sahaja,
Aku redha dengan sakit yang aku ada..
Allah berikan aku sakit yang cukup indah,
diimbangi dengan anak dan isteri yang baik perangainya..

Sekali lagi Allah ingin cuba menguji,
bila aku terpaksa mengadai harta benda,
demi menyambung nafas hidup yang masih ada,
aku masih redha mengagahi diri,
namun cukup berat bagiku ujian itu,
bila ditinggalkan anak dan isteri,
kerana aku akan terus kekal menyusahkan diri.
terima kasih Allah,aku tetap pasrah dengan apa yang kau beri,
semoga anak isteri tetap bahagia,
disamping hidup baru yang telah mereka bina..Amin

***** ******************* ************** ******************  ************* *********

Cukup kesal sekali,bila mendengar cerita pesakit ku ini..berat mata memandang,berat lagi bahu memikul..sedangkan aku yang mendengar luahan pakcik itu merasa sedih lagi,apatah lagi dengan empunya diri yang cukup sayu sekali..

Pakcik,teruskan kehidupan yang masih berbaki..teruskan berjuang untuk terus bernafas, insyaallah orang yang kuat diuji,pasti ada ganjaran yang sedia menanti..semoga pakcik tabah mengharungi hidup yang semakin garang melanda diri..Percayalah pakcik,buat baik dibalas baik,buat jahat pasti ada balasannya...

Pesanan buat si Makcik,kenapa sanggup meninggalkan suami sendiri..hanya kerana dia ada penyakit yang buat mak cik lari bersama anak makcik..sampai hati makcik buat pakcik macam tu..tak pernah terfikir perbuataan makcik ini cuma buat makcik berdosa besar meninggalkan pakcik,membawa anak dan harta dunia..makcik nak lari kemana?larilah ke mana pun,hidup makcik pasti tak bahagia..Makcik sanggup menanggung risiko itu??Fikirkanlah makcik,sempat lagi sementara pakcik masih bernafas dimuka bumi ini..kembalilah disisi pakcik ya...

Sekian..


Kata Achie : Bulat mata ini nak kena ke??hehee


Sila like jika suka entry ini....

Rabu, 23 November 2011

Tips Agar Doa DiMakbulkan

Assalamualaikum w.b.t. . . 

  • Berdoa dalam keadaan berwudhu'
  • Mengadap kiblat
  • Merapatkan jari kecuali ibu jari
  • Mulakan pujian kepada Allah dan selawat atas Nabi Muhammad (saw)
  • Bertaubat kepada Allah sebelum berdoa
  • Berdoa dengan ikhlas dan jujur
  • Berdoa dengan khusyu' dan rendah diri
  • Mengangkat kedua-dua belah tangan
  • Berdoa dengan sabar dan tidak terburu-buru
  • Berdoa dalam keadaan senang atau susah
  • Jangan mendoakan sesuatu yang buruk kepada diri sendiri dan orang lain
  • Mendoakan untuk diri sendiri sebelum orang lain
  • Mengakhiri doa dengan pujian kepada Allah dan selawat atas Nabi Muhammad (saw)
  • Menyapu muka dengan tangan setelah selesai berdoa
  • Yakin doa akan dimakbulkan




Kata Achie :Maaf,tak dapat nak bw..semalam aku tengah format lappy..hehee insyallah malam ini aku datang terjah blog korang...pergi kerja dulu^^


Sila like jika suka entry ini...

Selasa, 22 November 2011

Kaki Novel - Sinopsis M.A.I.D [ Suri Ryana ]

Assalamualaikum w.b.t. . .

Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya,Noorul
rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harris Tan Sri Hamdan. Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, si cerewet
tahap gaban hingga menyebabkan Noorul mengelarnya Mr. F ( fussy )

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya,boleh
pula mereka makan semeja.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa disatukan, Siapa 
punya angkara? Asyraf ? musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?

Serabutnya Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Puan
Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu, Elisa - perempuan 'Plastik '
yang tergedik-gedik memburu cinta Mr. F , Nurina - bekas kekasih Mr. F yang pulang semula ke Malaysia untuk menagih cinta Mr. F dan si petualang yang menharu-birukan
hidupnya.

Apakah perisai Noorul untuk menghadapi pancaroba ini? Kuali ? Sudip ?



Best Novel ini,kali pertama layan novel keluaran kaki novel,asyik layan Alaf 21 bosan juga kan??hehee buat peminat novel,jangan lepaskan peluang memiliki novel ini tau..layaann


Kata Achie :Aku jarang dah beli,asyik pinjam je novel orang..heheeee


Sila like jika suka entry ini..heheeee





Harimau Mengaum , Sang Garuda Gigit Jari

Assalamualaikum w.b.t. . . 

Tak terkata lidah ku,
terkelu sebentar diiringi kegembiraan,
alhamdulillah buat kita semua,
siapa sangka siapa yang tahu,
malaysia bisa pertahankan pingat emas kita,
tahniah buat skuad harimau muda,
anda  cukup berharga buat kami semua,
banggakan kami dengan hadiah ibu segala emas,
semoga kita terus maju kedepan lagi selepas ini..

Cuma hati ini cukup terkilan,
bila kita terus dimaki dihamun dipage2 yang sedia ada,
apakah salah bila bergelar juara,
perlukah ada kata nista sebegitu hina,
dimana sudah semangat kesukannan..
lagi dikesali bila kita juga serupa mereka,
mereka menghina kita membalas juga,
sampai bila tak kan kemana,
biar kita diam seribu bahasa,
kan Allah lagi tahu semua,
siapa yang benar,siapa yang salah..
Tapi yang ini,bukankah kita SAMA saja seperti MEREKA??
DUA KALI LIMA BERAPA??? Sekian

*Skuad harimau muda memang bergaya,tapi tak kurang hebat juga dengan skuad garuda..
garuda,sila berusaha lagi dilain masa ya..apa pun semangat kesukannan itu perlu ada..tau^^

*Jangan layan sangat tajuk entry ni..heheeee sesaje je la^^




Kata Achie :kalau dah namanya bola,macam2 perkara bisa terjadi..kan3??


Sila like jika suka entry ini...




Ahad, 20 November 2011

Kenapa Perlu Jadi Orang Lain

Assalamualaikum w.b.t. . .

Aku tak merokok,
memang tak pandai merokok,
aku cuba nak jadi perokok,
malah ingin menjadi perokok tegar.
orang kata kalau merokok ini nampak macho,
tapi bila aku fikirkan balik,
buat apa nak jadi orang lain,
kenapa perlu ikut telunjuk orang lain..
ramai kawan aku memang perokok,
ada yang kata,kawan dengan perokok mesti akan jadi perokok,
tapi aku tak jadi perokok  pun?apasal??

Minum itu perkara biasa,
lagi-lagi zaman masa kini,tapi bukan bagi aku,
aku tengok ramai je orang islam minum arak,
kalau tak minum memang bukan lelaki namanya,
itu orang kata,bukan aku yang kata,
masuk kelab malam balik subuh hari,
keluar dengan segar,balik dah mabuk raya,
pergi sorang-sorang,balik bawa teman,
tidur mengangkang tak ingat dunia,
perlukah menjadi orang seperti itu..
hanya tau hal dunia,hal akhirat siapa nak endah??
lagi???

Sekian....


kata Achie :Tak perlu nak menjadi orang lain,jika kamu tetap begitu..hahaaaaa gelak jahat


Sila like jika suka entry ini. . . . . .











Lirik Lagu Tentang Perasaanku - Irwansyah l Video Klip

Assalamualaikum w.b.t. . .

aku takkan lelah menunggu
hingga waktu ajal menjemputku
takkan pernah sesalku untuk menunggumu
*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
aku harus tetap menunggu
hingga nanti aku berbaring
sampai mati aku akan tetap menunggumu
reff:
ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
ingin ku bagikan semua hanya untukmu
agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu
ku ingin kau tahu tentang perasaanku
ku ingin kau tahu besar cinta padamu
ingin ku berikan sisa waktuku
dan sisa hidupku sampai mati
aku harus tetap menunggu
hingga nanti aku berbaring
sampai mati aku akan tetap
akan tetap menunggumu
repeat reff 
ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
ingin ku bagikan semua hanya untukmu
agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu
repeat reff

Video klip kat SINI

*Sumber gambar dari Kapanlagi.com

Kata Achie :Jangan hairan bila aku ni gila indon song.heheee

Sila like jika suka entry ini....
Sabtu, 19 November 2011

Greyson Chance - Waiting Outside The Lines

Assalamualaikum w.b.t. . .

You’ll never enjoy your life,
living inside the box
You’re so afraid of taking chances,
how you gonna reach the top?
Rules and regulations,
force you to play it safe
Get rid of all the hesitation,
it’s time for you to seize the day
Instead of just sitting around
and looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
the hotnewsonglyrics.com time is now
I’m waiting, waiting, just waiting,
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Try to have no regrets
even if it’s just tonight
How you gonna walk ahead
if you keep living behind
Stuck in my same position,
you deserve so much more
There’s a whole world around us,
just waiting to be explored
Instead of just sitting around
and looking down on tomorrow
You gotta let your feet off the ground,
the time is now, just let it go
The world will force you to smile
I’m here to help you notice the rainbow
Cause I know,
What’s in you is out there
I’m waiting, waiting, just waiting,
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines
I’m trying to be patient (I’m trying to be patient)
the first step is the hardest (the hardest)
I know you can make it,
go ahead and take it
I’m Waiting, waiting, just waiting I’m waiting
I’m waiting, waiting, just waiting
I’m waiting, waiting outside the lines
Waiting outside the lines
Waiting outside the lines
You’ll never enjoy your life
Living inside the box
You’re so afraid of taking chances,
How you gonna reach the top?

Video klip kat SINI

Kata Achie :Mood zzzzZZzzzz .heheee

Sila like jika suka entry ini.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger