Blog Lensa Kamera

Selasa, 27 September 2011

Kasihani Aku

 Assalamualaikum w.b.t. . .

 *Ada masa nak lepak I-City lagi..heheeee

Kasihani aku,
bila aku perlu dikasihani,
tanpa perlu prejudis,
melulu mencaci diri ku.

tolong kasihani aku,
aku perlu dinasihati,
dan sayangilah diri ini,
bukan pula untuk dibenci.

Tolong kasihani lagi,
aku butuh itu semua,
hanya itu pintaku,
agar bisa bahagia selamanya..


Bila merasa diri tidak dihargai,bersiap sedia menghadapi seribu kemungkinan yang tidak pasti..mungkin ada kekurangan pada diri yang membuat orang membenci diri ini..jangan segan silu perbaiki diri jika perlu untuk diperbaiki,kita manusia biasa selalu membuat kesilapan demi kesilapan.mungkin akan mematangkan diri dimasa akan datang .... tapi,bagaimanakah orang tidak membenci diri ini jika kita masih membuat kesilapan yang serupa tanpa mengubah sesuatu pun..Jadi perlukah untuk dibenci jika itu yang berlaku?? dan siapakah kita untuk membenci???Sekian ...


Kata Achie :Aku sendiri pusing dengan apa yang aku kata ni..hahaaa 




 
 
Khamis, 22 September 2011

Janda Merana

Assalamualaikum w.b.t...

 *Unik pokok ini kan3???lalalala~

Janda merana,
status mu mengundang padah,
pasti menjadi rebutan jejaka,
tak kira muda mahupun yang tua,
yang hanya cuma bernafsukan kuda..

Janda merana,
engkau disisih oleh mereka,
engkau dihina tak kira masa,
engkau dikejar setiap langkah,
hanya kerana engkau seorang janda.

Janda merana,
engkau tabah berhati waja,
tak kira sejuk atau panas mentari,
engkau terpacak disana tanpa dipinta.
moga nasibmu baik sentiasa... 


keciankan menjadi janda ni,kenapa bila menjadi janda mesti dihentam habis-habisan oleh 
masyarakaat sekeliling.adakah hanya kerana status janda tersebut itu?atau ada antara mereka itu sendiri yang tak tahan dengan si janda muda,mula menabur fitnah,bila hajat dihati itu tidak dapat dilaksana..ingat,janda pun seorang manusia,punya hati dan juga perasaan..keciankan si janda kerana dialah ibu dan dialah juga ayah,lebih-lebih lagi bila terpaksa membesarkan anak tanpa sesiapa..bayangkan bila kita ada ahli keluarga yang berstatus janda,tapi selalu mendapat tempias keji oleh mereka yang tidak berhati perut..apakah perasaan kita?banggakah?? Sekian..


nak janda juga??layan je la janda merana kat bawah ini tau...jommmm 

 *Ini dia janda merana..tak percaya?sila lihat kat bawah..

l
l
v

l
l
v

l
l
v

l
l
v

l
l
v





 *Janda merana IS Salix Babylonica..Ini fakta^^


Kata Achie :Janda merana ini kalau nak layan takpe,jangan janda MANUSIA pula tau... 
Rabu, 21 September 2011

Jangan Bersedih



 *Damai hati melihat pemandangan sebegini...
 

Assalamualaikum w.b.t.....
 
Jangan bersedih,
bila awak terima khabar tak gembira,
anggap itu sebagai ujian dariNya,
moga awak kekal teguh berdiri.
dan jangan mudah menyerah...

Jangan bersedih,
bila awak ditimpa bencana,
hidup tak selalunya indah,
kadang kala hujan datang tanpa diduga,
cekalkan hati bukan berserah semata-mata.

Jangan bersedih,
awak pasti diberkati selalu,
ingat hidup bukan untuk selamanya,
pasti mati datang menyinggah,
nikmati hari selagi masih ada..

Tanpa diduga walaupun sentiasa ceria menjalani kehidupan yang dirasakan bahagia.
namun takdir menentukan bila ujian datang tanpa diduga..apakah wajib untuk mengaku kalah,jika ada jalan untuk menyelesaikannya?semoga kita cekal menjalani hidup yang selalu digoncang masalah..jangan mudah berputus asa,kerana satu perkara yang penting iaitu kerana Allah sentiasa disisi kita... sekian


Kata Achie :Takut ke bila ujian datang menimpa??ermmmm 
Selasa, 20 September 2011

Dasar Pembelot.

Assalamualaikum w.b.t..

 *sumber  atok gugel..

kau memang,
dasar pembelot dalam kesamaran,
mudah menusuk tanpa belas kasihan,
kawan bisa menjadi lawan,
kerana mulut badan bisa binasa..

Kau memang, 
Di depan baik begitu budiman,
bila dibelakang menikam tanpa belas kasihan,
tersenyum ghairah aku tersungkur,
berlagak alim memberi simpati.. 

Kau memang,
muka dah cantik,hati mu kotor terpalit,
tegar membuat hatiku pilu,
malah kau merasa begitu jaya..
Tapi,KAU APA CITE ???


Kalau kawan begitu macam mana??bila kat depan baik tanpa ada cacat celanya,tapi
bila kat belakang menghentam kita habis-habisan..Apapun TERIMA KASIH je la..SEkian !!


Kata Achie :Allah tahu siapa yang benar,siapa yang salah.. Kan??
 
Sabtu, 17 September 2011

Kaki Pancing l Gatal nak pancing lagi.

Assalamualaikum w.b.t ...


Besok pagi nak pergi memancing,dah lama sangat tak memancing..kat puchong ni kat manalah sangat boleh pergi,last2 bekas lombong je jadi sasaran..heheee sejak tiada Budak Macho ni, mood memancing ibarat dah mati..dah takde mood nak memancing coz dia je paling excited kalau pergi tempat2 macam ni..


tapi kes paling tak lupa bila aku dan dorang ni pergi camping kat Bagan lalang..banyak kali kat situ cuma 2 kali je aku sempat camping..kali pertama camp kat sana,biasalah semua serba kekurangan dan salah pula tempat camping..hehee kali kedua tu memang cun sangat2,tempat tu terbaik coz malam tu ada kereta karaoke parking kat situ,kawan aku tu sampai pagi melalak.. malam terakhir tu je aku tak tahan bila angin kuat sangat sampai salah satu khemah terbang ditiup angin..hehee lucu pun ada bila ingat balik,apapun aku rindu kenangan itu..sekian

 
*Budak ni sekarang ada kat penang..grrrr 

 *Nak ajak dia ni p Bagan Lalang lagi..yeaahhh


Nota Kaki :  Kenangan terindah tersemat dihati dengan sebaiknya..
Jumaat, 16 September 2011

Maafkan Saya Pakcik..

Assalamualaikum w.b.t ...


Macam semalam baru dengar gelak ketawa dia,macam semalam sibuk bercakap dengan 
si dia,mula dari hal kecil sampai ke besar..mula dari benda biasa ke luar biasa,..tiba-tiba bila bangun dari tidur,dia dah tiada..ermm harus nak kata apa??menangis,pilu,hiba atau terasa hati?? harus bagaimana?bisa bangun dari jaga?bisa terima kenyataan yang dia sudah tiada..
sememangnya dia sudah tiada..

Aku kenal dia baru saja,tak sampai setahun,apatah lagi bertahun lamanya..tapi aku kenal dia macam mana..dia seorang manusia berhati mulia,tidak pernah berkira,suka menderma..tapi kenapa yang baik sering meninggalkan aku?aku yang kejam,lagi tidak bertimbang rasa masih kekal di bumi yang semakin rakus tanpa dijangka..tapi itulah kuasa tuhan,siapa kita untuk menidakkannya..semoga Arwah Pakcik Kamal Basha ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..amin3 

Pakcik,maafkan aku jika pernah terkasar bahasa,tercaci termaki dengan pakcik..ampun maaf dipinta

 *Menunggu sampai kapan di bumi ini??


Kata Achie :hargai yang tercinta sebelum dia meninggalkan kita.. 
Khamis, 15 September 2011

Kerja Ikut Mood.

Assalamualaikum w.b.t ......

Bila fikir tentang kerja,rasa tension tetiba..bila nak gerak pergi kerja,rasa nak tercabut kepala otak ni..bila dah sampai tempat kerja,terasa diri dah tak bernyawa..kenapa bila fikir sikit pasal kerja,otak aku jadi tak betul..kenapa?? Ada yang terasa sebegitukah?Ke aku yang GILA tanpa tak tersengaja..

Aku tension kerja dengan Si A,Kerja mengampu semata-mata..ke sana sini mencari kesalahan orang lain,salah sendiri tak pula diubah.. Aku tension kerja dengan Si B,Kerja mengikut mood semata-mata,memang begitukah wahai wanita,setiap bulan ada mood nak maki orang sahaja.. tahulah bila nak datang bulan, tapi kenapakah aku terpalit sama??Aku tension kerja dengan Si C, datang kerja bukan nak bekerja,sibuk handphone ditangan dibelek-belek,takut suami kat rumah mati pula bila tak makan..masalahnya aku kat sini yang mati tak tertahan..

Aku rasa nak berhenti pun ada..grrrrrrrrrrrr

 *Bila Stress bekerja,melompat je kat mana2..hahaaaa


Nota Kaki :Datang kerja bukan nak cari masalahlah..ermmmm
Khamis, 8 September 2011

Sport Rim 135 LC dah melayang...

Assalamualaikum...

Ape kabar sahabat?
lama tak update gak ni,sibuk tu kira jawapan
senang aku boleh kata..walaupun ada masa sebenarnya..
mungkin aku dah bukan kaki update seperti sebelum ini..
hehee

Pagi tadi tepat jam 2.30 pagi,ketika syok melayan mata,
aku dikejutkan oleh kawan serumah,dia kata motor aku dah hilang 
sport rim depan belakang termasuk tayar,disc brek dan part yang sewaktu
denganya..bila aku turun je,ni yang aku dapat..korang layan je la picture kat bawah ni..
  
Sekian... 

 *Gambar motor semasa berkeadaan baik ( Sebelum )


 *Motor aku diambang nazak ( Selepas )

 *Tetiba teringat motor dulu kala..



Kata Achie : Aku Suka Merah,Pasti suka Red Devils..lorrrrr
Khamis, 1 September 2011

Selalu bila nak raya.

Assalamualaikum...


SELALUNYA,
Bila nak raya,aku gatal nak minta buat baju raya.
sepanjang aku hidup tak pernah beli baju raya,
dari kecil abang aku tolong jahitkan.. 
walaupun kadang2 abang aku main cepat je sebab
banyak sangat jahitan nak kena siapkan..bukan untuk
aku sorang je,adik beradik dan anak buah yang lain tu pun
nak juga buatkan..Apapun terima kasih Abang Long...


SELALUNYA,
Bila nak raya,aku sibuk tolong kakak2 aku buat kuih raya,
walaupun aku tak reti nak buat,tapi aku tolong setakat yang aku 
mampu..kadang2 aku bukan nak bantu pun,malah cuma menyusahkan..
kecian aku tengok kakak2 aku bersengkang mata
buat kuih raya,walaupun aku tak pandai,harap dengan bantuan aku,dapatlah
ringankan beban dorang...Mudah-mudahan.


SELALUNYA,
Bila nak raya,Sibuk sikit nak kena kemas rumah..
buat kerja mana yang patut,upgrade sana sini tengok apa yang rosak
kena baiki..walaupun tak tahu kena belajar dari dorang..sekurang-kurangnya
adalah juga usaha dari diri aku sendiri..kadang2 malam raya tu lagi sibuk,sampai
pernah dulu kemas rumah sampai ke pagi..dah tu nak bangun pagi pulak tak larat...
  
TAPI ITU DULU..
Kini,tiada lagi...
sejak dah besar panjang ni..sejak dah merantau ni,sejak dah jauh 
dari keluarga ni..semua benda serba tak jadi,masuk tahun ni dah dua tahun
berturut-turut tak balik raya kat rumah..tahun ni lagi entah apa2,time raya pun nak
kena kerja... orang sibuk dengan takbir raya,aku sibuk dengan patient...
Sabar je la...grrrrrrrrrrrrrr

ESOk KErja...Sekian

 *Siapa blogger area2 puchong,sila ajak aku pergi rumah AnDa..hohooo

Kata Achie : Selamat Hari Raya buat semua blogger dan umat islam..Ampun mAAf zahir dan                           baTiN 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger