Blog Lensa Kamera

Jumaat, 26 Ogos 2011

Benda yang paling tajam..

Assalamualaikum w.b.t....

Pergi ke pekan mencari longan,
ketemu longan terbeli ikan,
datang sini mencari ketenangan,
tersalah langkah harap dimaafkan..

Makan roti teringat tunang,
makan sekali bersama Lokman,
mencari kawan memanglah senang,
tapi yang sejati sekecil kuman, 

sakit mata menangis sudah,
jalan membengkok sakit belakang, 
kalau percaya begitu mudah,
jangan terkejut ditikam belakang..


Salam blogger.. 

tetiba suka berpantun entah apa-apa pepagi buta ni.saja nak layan perasaan sekejap der..
nak tidur tapi mata belum nak tutup lagi..tadi balik dari kerja masih sempat lagi renew roadtax kereta walaupun kalau diikutkan tarikh luput tu 1 sept,saja tak nak buat kerja last minute..takut menyusahkan diri sendiri pula kan??hehee

Sakit,pedih ulu hati  bila tanpa kita sedari kita sedang bermain dengan benda tajam,kadang kala tak perasan bila kita tak terasa sakit walhal tangan dah berdarah pun ketika itu..apa yang kita tahu,kita suka membuat sesuatu perkara tanpa berfikir semasak-masaknya..apa yang kita inginkan cuma satu iaitu kepuasan,persoalannya Puas ke kita??

kita diberi lidah untuk berkata,berkata apa yang perlu dan berdiam jika tidak ..perlukah 
memalukan orang lain jika cuma ingin memenuhi hawa nafsu kita semata-mata..demi kepuasan diri yang tidak pandai berpuas hati...tapi nak buat macam mana,tanpa kita ketahui kita sebenarnya orang yang TAMAK... Orang tamak selalu...................??? Sekian

 **Kadang kala kita diatas,bila2 masa tersungkur ke bawah..


Kata Achie :Potong lidah tu baru tahu...grrrrr 



 


Rabu, 24 Ogos 2011

Kalau dah ajal..

Assalamualaikum....

Dari kerja menaiki basikal,
menaiki basikal sampai titiwangsa,
kalau jalan gunalah akal,
jangan sampai menjadi mangsa.

Sambil memandu sempat lagi makan.
makan nasi putih berlaukkan daging buaya, (heheee)
guna jalan raya pandang kiri pandang la kanan.  
ini jalan bukan mak bapak kau yang punya,

melayari internet mencari data,
mencari data bersama mama, 
kalau kau yang kena aku tutup mata,
masalahnya yang lain turut terlibat sama..

Salam...Syukur berkesempatan lagi sampai ke rumah,baru balik dari kerja.hari ini 
kena kerja lebih masa sampai ke malam..tadi berbuka pun cuma meneguk air kosong semata-mata kerana tak tahu nak beli apa kat tempat kerja..balik tadi kerumah sempat singgah beli
nasi bungkus,walaupun lambat dah makan tapi syukur perut dah kenyang berisikan Nasi Goreng Pattaya..Alhamdulillah syukur

Tadi masa balik ,nampak ada kemalangan berlaku berhampiran dengan tempat kerja gak..
teruk benar bila motorsikal dilanyak oleh lori entah apa aku pun tak tahu...nasib penunggang motor tu aku tak tahulah macam mana,entah ke hidup ataupun dah mati..tapi yang aku pasti, sekarang ini kebanyakkan manusia selalu berlumba-lumba ke sini sana tanpa fikir keselamatan orang lain, kalau sendiri yang kena takpelah juga..ini ada manusia tak berdosa menjadi mangsa..kalau nak guna jalan raya tu,satu benda harus difikirkan..                               INI BUKAN JALAN MAK BAPAK KAU.. sekian


 **Diri kita semakin mengila...


Kata Achie :Kadang kala takut bila tapak kaki dah melepasi pintu rumah.. 


Selasa, 23 Ogos 2011

Kalau rasa tak sanggup..

Assalamualaikum w.b.t

Kalau rasa tak sanggup,jangan kahwin membabi buta,
nanti tak sanggup nak usung isteri ke sini sana,
bila senang bergembira bila susah hilangkan diri entah ke mana,
Akhirnya keluarga yang dibina hancur begitu sahaja..

Kalau rasa tak sanggup,jangan berikan zuriat pada keluarga,
biar hidup kekal cuma berdua dengan yang tercinta,
jika merasa hidup bertiga cuma menyusahkan diri semata-mata,
hidup pun tak pening bila kewangan jatuh mendadak ke bawah,

Hidup berkeluarga memang suka bila bahagia,
menjadi duka bila ditimpa bencana tak semena,
yang penting kerjasama,hormat,percaya dengan mereka itu petua,
moga hidup sentiasa aman sentosa hendaknya... 


Meremang bulu bila mendengar ada kes bapa tergamak nak bunuh anak sendiri,anak yang lahir dari hasil perkongsian hidup dengan sang isteri..susah payah membesarkan dari kecil sampai dah meningkat remaja,tapi begitu mudah menamatkan riwayat anak tersebut dengan rasa tak bersalah bila merasa diri dalam keadaan tertekan..

pendek kata,lain kali kalau merasa hidup berdua apatah lagi bertiga menjadi gundah,lain kali hidup berseorang tanpa berteman lebih baik,,hidup pun tak sakit hati,mati pun tak buat dosa tanpa sengaja...bukan begitu??

Sekian.... 

 **Salah jalan,bisakah untuk berpatah kembali??


Kata Achie :Siapa bapa yang gila tergamak nak bunuh anak sendiri?? BODOH !!!!!



 
 
Khamis, 18 Ogos 2011

Contest Aku Berpuisi - Bumi Palestin.

**Klik banner kat atas ni kalau nak join ye...

Assalamualaikum w.b.t . . .




*Bumi Palestin*

 Bumi Palestin,
berabad lamanya engkau dizalimi,
penuh penderitaan dan seribu satu kisah,
ditindas sewenangnya tanpa berhenti,
namun engkau tetap teguh kekal berdiri..

Bumi Palestin,
penderitaanmu tidak bisa dimengerti,
apatah lagi untuk bisa diselami,
bermalamkan dengan serba ketakutan,
bersiangkan dengan harapan bersemi..

Bumi Palestin,
Sampai bilakah terus begini,
seperti pengemis dibumi sendiri,
meminta simpati pada yang tak sudi,
walaupun tanah yang empunya diri..

Bumi Palestin,
bangkitlah bersama berganding bahu,
bersatu menjadi kukuh,bercerai kita runtuh, 
Agar generasi masa mendatang,
bisa tersenyum penuh kesyukuran... 

Sekian...


Salam...SIAP!!! Akhirnya selesai juga puisi aku kali ni,hehee dah lama tak
join contest jadi tak salah aku nak join gak,Apapun semoga berjaya buat peserta lain ye..
dan contest ni wajib untuk tag orang..so nak tag budak2 nilah..hehehee


Cik Kira 
Cik Shinju 
Cik Shag 


Tarikh tutup : 31 Ogos 2011 






 
 


Rabu, 17 Ogos 2011

Kita Puasa Tapi..


Assalamualaikum w.b.t. . . 

ni baru balik dari kerja,dapat kerja pagi je memanjang kan best..ni tak,asyik dapat kerja petang or malam je..balik-balik je sibuk nak buat kerja itu ini lagi,pastu nak tido..tu yang buat blog ni dah berhabuk tidak berpenghuni lagi,tiada siapa pun nak masuk lagi kan..heheee

Dalam bulan ramadhan yang mulia,banyak benda berfaedah yang perlu kita kejar dan banyak benda juga yang perlu kita tinggalkan...betul dak?benda yang wajib,semestinya dilakukan sentiasa kan?jadi yang itu tak perlu rasanya untuk kita dengar dari pihak orang lain,kita sendiri boleh fikir secara rasional baik buruknya..Bulan mulia ini,kan bagus kita jaga mata,mulut,tangan,telinga,kaki dan lebih-lebih hati terutama sekali..rasanya tak perlu berkata lebih2 benda yang tidak berfaedah kepada diri kita ataupun orang lain umumnya...Apatah lagi kalau kata-kata kita bisa menguris hati orang lain,itukan cuma membuat kita berdosa secara tanpa disengajakan..tak begitu?semoga bulan ramadhan kali ini memberi sinar baru kepada kita dan membuatkan diri kita semakin dekat denganNya...Amin3



Kata Achie : Apa kau rasa bila diri kau dikata,dikeji??ermmmm 
Rabu, 10 Ogos 2011

Perbezaan Hantu Dan Manusia..

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini aku cuti,yahoooo lama tak ambil cuti rasa lain macam pula..masa untuk update entry, walaupun terasa malas dihati untuk mengudpdate ni..tapi mengenangkan blog ni semakin lama semakin tenggelam je aku rasa,so update juga la sekejap...kalau rasa entry ini mengarut,abaikan je tau..maaf jika ada yang terasa,hari baik,bulan baik ni tak baik gaduh2 kan?heheee

Korang pernah nampak hantu tak?kalau pernah di mana?rupa dia macam mana?pernah dengar tak hantu makan orang?kalau aku,dulu pernah dengar juga puntianak hisap darah orang, tapi itu orang tua-tua yang kata,betul orang tidak..wallahualam...Tapi yang aku pelik itu kenapa bulan ramadhan yang mulia ini masih ada hantu ea?memang ada hantu,syaitan ke masa puasa ni?bukan semua syaitan dah kena kurung ke?semua pintu neraka dah ditutup rapat2 .. tapi mengapa bila aku baca paper,macam ada je syaitan kat dunia ni,syaitan ke apa ni?

Semakin takut aku kat dunia ini,bukan pada syaitan..Ya,aku pasti benda ghaib macam itu memang ada,dan aku pernah merasainya sendiri..tapi kenapa manusia kini pun dah mula mengikut jejak langkah syaitan,bahkan lagi teruk dari syaitan...Manusia semakin hebat,sudah melampaui batas-batas kemanusian..pernah dengar tak syaitan rogol orang?meliwat orang, tak puas hati lagi sampai nak bakar orang..itu kerja apa?habis yang kes kerat badan mayat sampai 15 bahagian itu apa cerita?aduiiii dunia semakin nak kiamat,tidak boleh tidak tapi realitinya inilah kita semua...Sekian


 
Aku tak takut dengan syaitan tapi semakin mengelabah dengan manusia bertopengkan syaita..dussshhh



Kata Achie :Semoga kita semua baik-baik sahaja hendaknya..amin3


Isnin, 1 Ogos 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Almubarak

Assalamualaikum W.b.t......


Tak sedar bulan ramadhan dah kunjung tiba juga,bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat  islam di seluruh dunia amnya..semoga bulan yang pernuh berkat ini menjadikan kita semua umat yang sentiasa bersabar dalam menjalani kehidupan kini yang semakin mencabar minda dan fizikal..semoga kita semakin mendekatkan diri kepada yang maha esa,semoga kita melupakan segala persengkataan yang mungkin melanda sebelum ini dan sedia memaafkan kesalahan orang lain.semoga kita menjadi umat islam yang sentiasa bersyukur diatas rahmat serta nikmat yang diberi dan semoga kita dapat menghindarkan diri dari melakukan kejahatan dan sentiasa memikirkan kebaikan semata-semata...bukan bermaksud bila tibanya bulan ramadhan kita sentiasa berbuat kebaikan tapi dibulan-bulan yang lain kita kembali kepada bentuk asal kita yang telah menyimpang..semoga diri saya dan keluarga dan kita semua sentiasa mengingat satu benda..tanpa Allah S.w.t siapakah kita,tak kiralah miskin , kaya , tua serta muda kerana kita semua ini sama sahaja..berasal dari mana??kita fikirlah sama-sama ye. Akhir kata semoga ramadhan kali ini menjadi landasan kepada kita semua untuk menjadi lebih baik....Salam kemaafan dari saya jika ada kesilapan2 masa lalu kerana saya juga manusia biasa,tidak lepas dari melakukan kesalahan...Salam 



 Kata Achie :Selamat berbuka puasa..Peace^^ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger