Blog Lensa Kamera

Isnin, 16 Mei 2011

Bangkit..

Assalamualaikum...

Bangkitlah dari tidur terlebih lena,bangkit bila rasa diri tak bermaya..bangkitlah bila terasa
diri berada di zon yang begitu selesa,apatah lagi jika kalah tak terkata..bangkitlah bangsaku
dari mimpi indah yang tak tahu kepastian itu masih wujudkah.ataupun khayalan diri semata-mata sahaja.. Sedarkah apa masalah kita?

Bangkit dari kekalahan yang sering menyelubungi minda,bangkit dari masalah yang sering
datang tanpa diundang,bangkit dari ego diri yang melanda,bangkitlah kita..sedarkan diri,
kita cuma manusia biasa..tiada beza samaada tinggi mahupun rendah,kaya ataupun miskin hina,  jangan kerana kemewahan sementara,kita megah berkata-kata,ingat dan cuba beringat,kita bukan siapa-siapa..cuma makhluk tuhan yang serba hina..beringat sebelum terkena,bangkit jangan tak bangkit..Sekian^^

*Sahabat,jangan lupa diri kita sahabat..bangkitlah sebelum anda dibangkitkan..


Kata Achie :Bangkitlah anda semua,aku nak tidur dahulu..heheeeee bubbyeee^^





Hadapi Dengan Senyuman~

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama,akhirnya aku tiba juga..setelah sekian lama,
aku masih berada disini,setelah sekian lama,aku masih bernafas seperti biasa..tapi sampai bila? selagi hayat dikandung badan nampak gayanya..syukur atas nikmat yang tuhan berikan pada aku walaupun aku sering menganiaya diri ini apatah lagi diri orang lain..Terima Kasih !!!

Setelah sekian lama,baru aku bisa bersuara kembali..Aku  tahu 
masalah takkan lari kemana,pasti akan ketemu juga..nak lari kemana?ke sana sini kita berada masalah itu tak kan hilang selagi kita tak bijak untuk menanganinya..jadi terpulang kepada kita untuk menghadapi dengan sewajarnya..biar guna istilah BERAKAL tetapi jangan pernah membuat kerja seperti HILANG AKAL..Apa pun kita berhak menentukan hidup kita gaya seperti apa..Sekian..

Tetiba rasa nak bagi korang layan lirik lagu ni..heheeee Jommmm

Hadapi dengan senyuman -Dewa

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Reff
Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

Video klip?sila ke Sini

*Budak Cumil^^

Kata Achie :Terima kasih kerana sudi datang walaupun aku kini lebih banyak berdiam.insyallah jejak kaki ku akan tiba di blog anda..insyallah


Ahad, 8 Mei 2011

Jangan Pernah..

Assalamualaikum

Jangan sesekali kita katakan,
jika kita tak tahu hujung pangkalnya,
takut cuma membinasakan diri kita sahaja,

jangan pernah bersuara,
jika hanya membuat ada yang terasa hati,
mahupun bisa mengundang padah.

jangan sesekali mengatakan sesuatu fakta,
jika kita tak tahu kesahihannya,
kerana cuma membuat kita rasa bersalah..

Dan jangan sesekali pernah berbicara,
jika rasa tak tahu apa,
kerana hanya menimbulkan amarah..

Sekian....

**Mood  nak makan orang...


Kata Achie :Aku panas bila ada orang bersuara tapi tak pasti kesahihannya..
JANGAN PERNAH!!!!

Kita Tak Adil..

Assalamualaikum...


Kita memang tak adil,
bila senang saja mula diri,lupa asal usul kita,
lupa kita pernah susah satu ketika dahulu,
lupa akan segala-galanya..
Kita manusia sejatikah?

Kita memang tak adil,
bila senang saja cuma inginkan kemewahan,
dah mula lupa pada kesusahan satu ketika dulu,
yang sering membelenggu hidup kita,
Tegarkah kita?

Kita memang tak adil,
selalu saja merasa kita adalah hebat setiap masa,
walhal bila-bila masa saja tuhan boleh tarik semua itu,
walaupun kita angkuh seperti anak raja,
bersiap sediakah kita?

Dan kita memang tak pernah adil,
bila musibah diri mula menimpa kita semula,
mengapa kita baru nak sedar akan realiti hidup ini,
yang takkan berpanjangan indah selamanya,
kerana hidup ibarat roda, hari ini mungkin hari kita,
esok hari siapa??

 *KITA MEMANG TAK PERNAH ADIL DENGAN YANG MAHA 
KUASA..SEDARKAH KITA??MAAFKAN AKU YA ALLAH,AKU LALAI
DENGAN  NIKMAT YANG KAU BERIKAN WALAUPUN AKU SEDAR KADANG KALA NIKMAT ITU CUMA SEMENTARA SAHAJA..

Sekian..

*Jangan pernah tinggalkan yang sedia ada jika hanya mengejar benda yang tidak pasti..aku akui aku silap..maaf^^ 


Kata Achie :Entry ini ditulis diluar kotak pemikiran..maafkan aku andai ada yang terluka.. 
 

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011

Assalamualaikum...

 *Klik banner kalau nak join..


Aku Budak Baru Belajar..

Assalamualaikum..

Aku budak baru belajar,
 kalau salah harap beri tunjuk ajar,
apa yang ada didada harap dimanfaatkan sesama kita,
 moga ilmu yang baik dapat diguna sebaik mungkin..
 jangan pernah bermasam muka,kerana semua yang ada ini,
datang dari yang maha kuasa...

Aku budak baru belajar,
belajar dari kosong kepada ada,bagaimana
bisa untuk menerima ilmu jika engkau tak ikhlas nak memberikannya.
bagi aku nak belajar bila nak mula engkau asyik nak mengata,
bagaimanakah caranya?

Aku budak baru belajar,
kalau tersalah laku harap dimaafkan,
bukannya pula untuk dicerca hina,
apa mampu untuk aku pelajari,jika engkau ajari cuma sekali..
tergamaknya diri engkau,sanggup memperlakukan aku sebegini rupa,
ada ubi ada batas,lain kali engkau nak dibalas?

Sekian..

 

Kata Achie :Hidup tidak selalunya cerah..harus berwaspada sentiasa^^ 
   
 
 
Sabtu, 7 Mei 2011

Dulu Dan Kini..

Assalamualaikum..


Dulu,
Ketika kau menjejak kaki disini,
kau masih tidak bisa mengerti apa erti kehidupan,
terpinga-pinga tak tahu nak buat apa,
melencong ke sana sini pusing kepala.

Dulu,
Kau lebih banyak berdiam diri dari bersuara,
lebih banyak berbudi lagi berjasa,
lagi suka memberi dari menerima,
dan suka memuji dari memerli..

Kini,
Kau dah mula lupa diri,
dan mula kenal apa erti kesenangan ,
tak inginkan lagi kesusahan diri,
lagi banyak memutar belit keadaan,
demi kesenangan diri..

Kini,
kau dah mula rasa meninggi diri,
bila dah pandang ke langit,
dah tak ingin pandang ke bumi..
lupa pada asal usul dirimu..

Pesanku,
jangan lupa pada masa yang lalu,
ingat akan asal usulmu,
moga bila kau tersungkur suatu hari nanti,
tiada kesakitan bisa kau tempuhi...


Sekian^^

*Hidup tidak semestinya cerah lorrrr..


Kata Achie :Dah tinggi macam langit,lupa asal dari bumi ke??ermmm



Jumaat, 6 Mei 2011

Salah Aku?

Assalamualaikum...

Apa kejadian semua ini,sampai aku diperlakukan sebegini rupa..mana 
silapnya,manakah sifat kemanusian yang ada didalam diri,menuduh orang tanpa 
usul periksa tanpa cuba untuk memahami dalam erti kata yang sebenarnya...bukan
aku cuba menentang cara yang agak kasar mu itu,tapi akibatnya aku juga yang merana,
kenapa tidak menyiasat hal sebenar terlebih dahulu sebelum menyerang membabi buta
tanpa ada sedikit pun belas kasihan..ingat,aku juga insan biasa,mungkin bisa terima,mungkin
juga sebaliknya..jika nasi sudah menjadi bubur,jangan menyesal dikemudian hari sudah..Sekian

*Bila diri kepenatan,aku malas nak fikir..

Kata Achie :Belajar memahami kekurangan diri sendiri sebelum 
melepaskan amarah terhadap yang lain...ermmmm
Khamis, 5 Mei 2011

DBKL Kaki Saman.

Assalamualaikum....

Baru balik kerja ini rasa nak melayang je badan yang sering tak keruan sejak dua menjak ni, nak kata penat dengan kerja,tak juga tapi masalah nak balik mengharungi  jem memanjang tu buat rasa nak lompat je dari kereta berlari balik ke rumah..lagi baik berlari dari  guna kenderaan tapi cuma bergerak macam siput,lagi teruk bila kat sana masalah parking ini pun satu hal,tak tahu nak cakap macam mana ..Aku tanya staff kat sana pun,dorang memang selalu kena saman sebab parking selalu penuh,dan bila dorang parking tepi jalan itu dah meletakkan kaki dorang sebelah untuk disaman..jadi aku tak tahu nak buat macam mana lagi,DBKl ni pun satu hal,tak pernah tengok keadaan macam mana,kalau dah penuh nak parking kat mana juga.takkan dalam tempat kerja nak parking kan?aku rasa nak makan je staff DBKl tu satu2,kalau korang terkena macam ni,mesti angin satu badan juga kan? jadi rasa2 apa patut aku buat ea?ermmmm

 
 *Salah langkah inilah jadinya..grrrrr

 Sebelum mood aku gian nak makan kejap lagi,aku nak korang lepak kat blog
dia ni..entry dia pun lebih baik dari entry mengarut aku weh..inilahkan
masa nak support blogger yang lain,kalau bukan kita siapa lagi..kalau rasa2 belum kenal tu,
harap dapat pergi dengan kadar yang segera..tak rugi beb,blogger ini peramah ..
lagi satu dia ni kuat tengok kaki TV,tak percaya sila lihat sendiri url dia..heheee Sekian^^

 *Klik banner kat atas ni ketat2 ye..lalalaa~


Kata Achie :Hari ini baru berkesempatan nak bw..hihiihihiii 





Rabu, 4 Mei 2011

Tersyok Sendiri..

Assalamualaikum...

Badan letih jiwa tak keruan,hati tertanya2 bisakah terjadi semua ini,.namun
takdir tuhan siapa kita nak tentukan,hanya mampu merancang tapi bukan kita yang
tentukan hidup kita dengan cara tersendiri..Penat mulut berkata omong kosong jika penangan yang aku terima tak memihak pada hati,tapi jawapan yang tidak terduga..siapa aku untuk terus berbicara,jika itu yang layak untuk aku terima.. Aku sedar akan diri ini,bukan siapa-siapa.. bukan dia,mahu mereka didepan mata tapi aku cuma aku..hanya mampu mengeluh jika itu yang terasa dihati...ermmmm

Ok,berhenti dulu dari merepek..aku baru je balik dari kerja tadi,ermm dapat lagi Surat Cinta.
takpe,nanti entry seterusnya aku cite ye.hihihiiii aku dah cakap sebelum ini yang aku tak kan berbicara soal hati ,tapi memandangkan aku dah baru je lepas pantang..baru lepas lupa ingat,
tahu nak nak update apa,ditambah dengan badan yang agak keletihan,aku cuma ingin pendapat korang semua..jika kita punya sahabat,sahabat ini banyak dikategorikan tapi asal nama sahabat,itu sudah memadai..jika kita jalinkan perhubungan ini atas dasar persahabatan yang tulus.namun jika tuhan ingin menguji,bila kita mula rasa mencintai dirinya tanpa disedari..apakah yang perlu kita lakukan?Aku tak nak beri pendapat aku yang hina ini,cukup dengan pendapat korang yang mungkin boleh diterima pakai..Apa kata hati korang ye??
Sekian^^



Kata Achie :Panas hati bila diri tersaman lagi..aduiiiiiii 
 
Selasa, 3 Mei 2011

Tak Bererti ..

Assalamualaikum.. 

Seperti tak sendiri ...
Seakan bersamamu ...

Itu yang ku rasa
Saat bayangmu di dekatku
Walau kau jauh di sana
Tak kan ku biarkan bayangmu hilang
Dihancurkan gelapnya malam
Bersama bayangmu ...
Ku mampu melepas kerinduan
Hanya ini
Yang membuatku sulit melupakanmu
Bayangmu selalu bersamaku
Menghantui di setiap hari ku
Tapi ... satu kekecewaanku
Mengapa hanya bayangmu saja
yang bermain di kotak fikiran ku...ermmmm 

 *Pedih hati hanya diri yang merasa..hihihii


Kata Achie :Entry merepek sebelum nak tidur..esok kerja,grrrrrrrrrrrr 

Segmen Jom Kipas Blogger.

Assalamualaikum...

Janji tetap janji,walaupun Bro Fariq ni musuh ketat aku  dalam nak rebut maisara,aku
kena support member juga kan?mana tau aku nak buat contest ke lepas ni,boleh minta support balik..hehee boleh macam tu bro?hehe jadi sebelum sesi nak kipas ni bermula,rasanya elok sangat siapa yang layan entry ni join segmen ni sekali tau,aku tak kira..kalau korang tak join,aku gigit sorang2..heheee

Kalau sebelum ni boleh di katakan banyak sangat blogger kipas blogger,inilah satu-satunya segmen terbaik yang korang pernah nampak,tak payah nak susah-susah,kipas je kuat2 kat segmen bro ni,kalau boleh biar cool je memanjang..hehehee manatau peluang untuk korang menang itu besar..heheee kalau aku diberi pilihan nak kipas siapa.aku nak kipas Cik Tom la,tapi tak berani nak kipas lebih,takut jadi bahan pula kan.,,hehee jadi blogger pilihan kali ini tidak asing lagi, kalau tak kenal,bagus cabut bulu mata korang sekarang ok..Ini kipas juga ke?lalalaa~ 

aku nak kipas Kak Diana kali ni,hehee kak diana ni rasanya tak perlu nak kipas pun
sebab apa yang aku nak kata sebentar lagi dah bukan kipas tapi ada benarnya bagi aku..
pertama follower dia dah mencecah 2054 orang setakat ni,ditambah dengan bilangan komen
yang banyak diterima oleh kak diana ..dapat disimpulkan disini bahawa blog dia diterima dengan baik oleh semua orang,lainlah macam blog buruk aku ini,banyak buruk daripada yang baik..heheee lagi satu,dalam sehari kalau tak salah dia mesti keluarkan entry paling kurang 2,kalau tidak mesti lebih ni..korang fikir je la sendiri kerajinan dia tu macam mana kan?heehee bayangkan dalam bulan april je dia dah buat entry sebanyak 124,korang ada?aku takde beb..heheee lepas itu ditambah lagi dengan cara pengolahan ayat dalam entry dia yang begitu santai tapi tajam, bak kata orang siapa yang makan lada,dia yang terasa pedasnya...oleh kerana aku selalu makan lada,kadang kala aku pun terpalit sekali terasa ini..heheeeee

Entry dia semua menarik bagi aku,jadi susah aku nak pilih mana satu yang best kan.ermmmm lagipun kalau nak scroll balik entry2 yang lepas,alamat tak tidurlah aku malam ni..heheeee jadi apa kata korang layan je entry dia kat SiniSiniSiniSiniSiniSini dan Sini.. Maaf ye bro, aku tak pandai pilih kerana semua entry kak diana ni best2 bangat..heheeee
Sekian^^

*Kalau nak join,sila klik banner kat atas ataupun kat Sini


Kata Achie:Aku tak kira,aku nak juga budak Si Mata Bulat dan Si Cumil ni join..awas^^

Buat Kaki Kipas..

Assalamualaikum...


Ada sesiapa kaki kipas kat sini?Apalagi bila dah kipas itu,biar kipas
kuat sikit..badan pun rasa tak hot,cool je memanjang..heheee kalau rasa nak kembangkan
cara kipas yang sebaiknya,apa kata kita support brader sorang yang ensem gila ni..
apa macam?ada berani??heehee Jom kipas mengipas..lalalaa~


*Klik banner kalau nak join segmen bro fariq^^


Kata Achie :Malam karang aku join bro..heheeeee
Isnin, 2 Mei 2011

Kisah Polis Rasuah..

Assalamualaikum....


Tak sangka bila dah lama tak dapat Surat Cinta ni,ingatkan tak dapat dah lagi..tapi kalau dah jodoh,semua benda bisa terjadi..dan akhirnya aku dapat sekali lagi tadi pagi,melayang lagi duit nak balas macam kat Sini..Entah apa malang nasib,dah lah kali pertama datang tempat baru,dah buat hal datang lambat.ermmm ni semua gara2 polis yang entah apa2 ni,kalau korang nak tahu korang ada surat cinta or tak,sila semak melalui Sms ye...mudah orang kata,hihihiiii

Aku pun tahu nak cakap macam mana ,memang salah aku pun langgar lampu isyarat merah tadi..yala ,aku dah lambat pagi tadi,tu yang langgar je tanpa fikir dua tiga kali...dah tu tetiba ada polis follow dari belakang.lepas tu siap suruh berhenti ni...dah lepas dorang check kad pengenalan dan lesen memandu,sorang polis itu nak buat surat cinta dah kat aku..entah apa pasal pulak kawan dia siap kata,awak sanggup ke nak bayar rm300?kalau tak sanggup,rasa2nya apa yang dapat kami tolong?aduiiii,dari cara dia cakap tu,tahu sangat dorang nak apa..dan keputusan aku muktamad,dah memang itu salah aku dan aku akui..dari aku bagi dorang duit free macam tu je,bagus aku bayar saman je..biar padan muka dorang dan aku sekali..korang pernah rasa tak?ermmmm Sekian


*Kecian ada gak orang macam ni...


Kata Achie :Tetiba teringat time aku disaman dulu..hahaaa lucu^^

Batu Api..

Assalamualaikum...


Hidup kena ada maruah diri,jangan suka sangat nak jadi batu api..kerana
menjadi batu api cuma menyemarakkan kemarahan orang lain terhadap si polan
itu dan ini..biar kita menjadi orang tengah tanpa perlu nak buat kedua pihak tambah bermacam muka..Hati biar ikhlas nak bantu mereka yang ada masalah sebegini,bukan
berniat nak burukkan keadaan lagi..ingat setiap yang kita buat akan diperhatikan
oleh manusia lain,tidak adakah kesedaran diri,tidak malukah kita jika digelar manusia
 hina kerana perbuataan buruk sedemikin..ingat perbuataan sebegitu cuma memakan diri
kita dikemudiaan hari,mungkin manusia lain tak lihat,tapi Allah maha mengetahui segalanya
apa yang bermain difikiran kita ini...jangan masukkan diri kita ke atas senarai
orang yang memalukan diri sendiri,bukan nak kata baik,tapi aku malu
tengok ada sikap sesetengah orang yang berkelakuan sebegini.ermmm
insaflah sebelum kita menyesal dikemudian hari...Sekian 




Kata Achie :Ini entry AutoPublish ye..bye^^

Ahad, 1 Mei 2011

Sayang Kamu..

Assalmualaikum...

Terima kasih 
atas segala yang kamu berikan,
 terima kasih 
atas segala nasihat yang aku terima.
terima kasih
atas persahabatan yang kita pupuk di dunia maya ini,
terima kasih 
atas apa yang telah aku lalui selama ini disini,
terima kasih 
Atas apa yang bergelar Persahabatan yang kamu pupuk,
terima kasih
atas teguran yang aku terima selama ini,
terima kasih 
atas pandangan bernas yang aku dapat 
Apa pun,
Aku nak ucap sekali lagi,
Terima kasih untuk segalanya wahai sahabat sekalian..
atas komen yang membina itu..
Sekian^^ 
   
 *Hidup pasti indah bila ada yang menyayangi diri^^


Kata Achie :Malam ini nak paksa tidur awal,besok dah kena drive tempat kerja yang jauh^^ 

CONTEST SEMUA TENTANG 4

Assalamualaikum....

Terima kasih ye Cik Chenta sudi tag kita,kali ini aku
join contest anjuran Cik Fiqa pula..hehee banyak benda nak kena
jawap ni,takpe aku jawap setakat yang aku mampu ok..jommm
layan soalan yang diberi :-

 1) 4 perkara describe yourself.
 *Bukan siapa-siapa,aku tetap aku derrrr..
*Tak banyal cakap bila tak kenal,tapi kalau kenal..ermm faham2 je la.
*Lagi suka layan perasaan sorang2.
*Suka merasakan diri muda,walaupun sebenarnya dah tua..heheee 

 2) 4 nama manja
 *Achie
*Sir
*Acai
*Woofer Storm <--Ini boleh ke?hahaaa 
 
 3) 4 perkara baik yang saya buat hari ini
 *Layan movie dengan kawan(baik kan?hehe
*masak apa yang patut,lapar ni derrr
*Beli barang dapur.
*Basuh baju..perlu cakap ea?ngeeee 

 4) 4 tempat yang sangat nak pergi
*Jepun
*Arab Saudi
*Korea
*Tawau.heeheeee 
 
5) 4 benda wajib bawak keluar
 *Dompet.
*Handphone.
*Kunci kereta
*Jaket  

6) 4 perkara terakhir dilakukan sebelum join contest ini
 *layan movie.
*Layan YM
*Kemas bilik
*Cuci pakaian. 

 7) 4 orang paling disayangi
 *Yang layak untuk disayangi..fikirkan^^
*Emak Ayah
*Family
*Yang layak bergelar sahabat. 

 8) 4 jenis ragam manusia yang di jumpai ari ni
 *Sengal macam Dia.
kawan merepek bukan2..
*Suka mencarut (YM).
*Suka mengarah itu ini. 


 9) 4 misi yang mesti capai dalam tahun ini
 -->susah nak kata,tapi plan nak ;-
 *Nak sambung Post basic
*Tak pun nak ambil  degree
*Nak beli rumah..mungkin !!
*Jadi boss..hahaaa

10) 4 habit buruk 
 *Pelupa..sudah tentu
*Cepat mengelabah.
* Suka buat kerja bertangguh.
*Suka buang masa 

 11) 4 perkara y kamu fobia
 *Tak suka ketinggian..hehee malu den
*Geli dengan binatang berlendir.
 *takut tengok kemalangan ngeri.
  *Tak suka tidur dalam keadaan cahaya terang.ni fobia ea?
 
 12) 4 sebab join contest ni
 *orang dah tag..hehee
*mudah nak join..
*dapat update entry tanpa mengarut sangat..hehee
*Nak menang..boleh?hahaaaa 

 *Klik banner kalau berminat..ermmm


Tag :-



Sekian.... 


Aku Pusing !!

Assalamualaikum...

Lupa dunia sekejap bila layan movie yang berlambak aku ambil dari teman
sepejuangan dulu,sampai lupa nak update entry dan nak bw ni..heheee ermmm mood aku nak update entry sebenarnya dah mati..kadang kala pusing tak tahu nak buat apa,...mungkin minggu ini je aku masih berpeluang nak update entry dengan kerap,minggu depan tak tahu lagi macam mana..kalau menghilang diri,makanya aku sibuk memanjang ok..lagipun takde siapa juga nak cari kan?? traffic pun dah makin susut ni,tapi itu tak kisahlah..aku tak harap pun traffic2 ni,kalau ada tak kemana gak kan?heheee

Sebenarnya aku takut nak kerja tempat baru ,tak tahu lagi manager dia macam mana..
heheee itu juga penyebab aku stress dua tiga hari ini,mungkin ada sebab lain gak..mungkin!!
Dan bila stress,biasanya aku perlukan sound yang kuat untuk aku melupakan stress aku sekejap..tapi tak lama mana pun,lepas dah habis dengar mesti fikir benda yang sama... dan
pada masa yang sama,aku terfikir juga..kenapa bila kita stress ,ada je benda kita tak puas hati..ada je rasa nak diluahkan tapi tak tahu nak tuju pada siapa,aku kadang2 memang tak faham dengan diri sendiri,aku tak tahu apa yang diri aku inginkan yang sebenarnya..apakah yang aku hajati telah tercapai atau bagaimana..yang pasti aku stress bila fikir kenapa aku dipindahkan ke cawangan lain..korang pun mesti stress tengok entry aku pagi2 ini kan? Sabar je la...Sekian.. 

*Mata pusing nak tidurr @.@ 


Kata Achie :Masalah takkan selesai selagi tak bijak untuk tangani^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

(c)Copyright reserved by Woofer Storm.
Powered by Blogger